Ahmad Idham Selar Pengkritik 'Tin Kosong' Komen Filem Tembus

Diterbitkan: Khamis, 7 Ogos 2014 12:36 PM

Ahmad Idham akui penonton masih mahu filem berunsur komedi ringgan,

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak akan menerima sebarang pendapat atau kritikan daripada pengguna laman sosial yang kebanyakkannya tidak berkelayakan daripada segi pengetahuan akedemik untuk menilai filem terbaharunya berjudul Tembus.



Ahmad Idham berkata, kebanyakan pengguna laman sosial yang digelarnya sebagai 'tin kosong' itu hanya memberi komen negatif yang tidak membina dengan mempunyai agenda menjatuhkan reputasi filem tersebut. 

Barisan pelakon hebat dalam filem Tembus.

"Saya malas nak layan pengkritik-pengkritik filem di laman sosial itu, mereka bukan mengkritik sebaliknya hanya memburuk-buruk dan mengutuk filem tersebut sahaja.

"Saya gelar mereka sebagai tin kosong kerana mereka tidak mempunyai sebarang ilmu dalam bidang ini dan tidak layak untuk meletakkan taraf filem saya di tahap mana," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ahmad Idham berkata demikian ketika diminta mengulas tentang filem Tembus yang dikritik sebagai filem tidak berkualiti oleh segelintir pengguna laman sosial di Twitter.

Dalam masa yang sama, Ahmad Idham telah membalas kritikan tersebut dengan melabelkan mereka sebagai 'tin kosong' kerana tidak mempunyai kelayakan untuk bercakap tentang filem.

Perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati pengikutnya yang menganggap pengarah itu sebagai tidak menghormati penonton filem yang  menyokong karya itu dengan menontonnya di pawagam dan kemudiannya memberi komen.

Sementara itu, Ahmad Idham berkata, sebagai anak seni dan pengarah yang sudah berada lama dalam industri dia menerima semua kritikan daripada pelbagai pihak terhadap karya-karyanya.

Bagaimanapun, katanya, kritikan tersebut perlulah membina dan boleh membantunya untuk memperbaiki lagi mutu filem yang bakal dihasilkan pada masa akan datang.

"Saya sudah lama dalam bidang ini dan sudah tentu saya boleh terima apa juga kritikan untuk filem-filem saya, namun bagi saya sebuah kritikan itu perlulah sesuatu yang membina.

"Kritikan yang mereka lemparkan di laman sosial itu hanya boleh menjatuhkan moral dan semangat pengiat seni sahaja, kalau misalnya pengarah yang dihentam itu adalah pengarah baru mungkin mereka akan cepat putus asa," katanya. 

  Antara status dan komen penonton di laman sosial Twitter Ahmad Idham.

Dalam pada itu, Idham mengakui kutipan filem Tembus yang ditayangkan pada 28 Julai lalu agak perlahan berbanding filem Mat Tudung yang turut ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Idham berkata, salah satu faktor yang dikesan ialah kecenderungan masyarakat masih lagi mahu menonton filem-filem yang bercorak komedi dan santai berbanding filem genre berat seperti Tembus.

"Saya akui kutipan filem ini agak lembab dan baru mencecah RM400,000 selama seminggu ditayangkan, filem ini sebenarnya hanya  eksperimen saya untuk menguji pasaran filem tempatan. Saya mahu tengok sambutan filem terhadap filem berat dan drama seperti ini.

"Ternyata penonton Malaysia masih lagi mahukan filem yang ringgan dan santai. Kalau diikutkan ramai pengkritik filem yang hebat memberi bintang lebih kepada filem Tembus berbanding Mat Tudung," ujarnya.

Tambahnya, selain itu, faktor insiden pesawat MH17 dan peperangan di Gaza turut menjadi faktor apabila masyarakat Malaysia masih berada dalam keadaan sedih dan tidak mahu berbelanja untuk bergembira.

Filem Tembus dibarisi artis-artis hebat yang mengabungkan tiga negara iaitu Aaron Aziz, Luna Maya dan Fazura yang menceritakan tentang skandal serta penculikan kanak-kanak.

Tags / Kata Kunci: Tembus , Ahmad Idham , Luna Maya , Aaron Aziz

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan