Awi Rafael Tubuh Girl Republik

Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 1:00 AM

Awi Rafael mengembangkan sayap seninya dengan menubuhkan Girl Republik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Awi Rafael kini mengembangkan sayap seninya sebagai penerbit dengan menubuhkan sebuah kumpulan penyanyi wanita bernama Girl Republik.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, kumpulan tersebut dianggotai oleh bekas juara Mentor iaitu Pija, Maisara serta seorang model dari Singapura bernama Sarah Anne yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Awi sendiri iaitu Warner Music Malaysia.

"Saya nampak ketiga-tiga mereka boleh pergi jauh dengan gaya vokal tersendiri yang mereka ada.

"Memandangkan industri tempatan kurang penyanyi berkumpulan wanita, saya yakin Girl Republik mampu memberikan kelainan buat penggemar-penggemar muzik tempatan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Awi, Pija, Maisara dan Sarah Anne turut mempunyai pakej yang lengkap dimana mereka bukan sahaja hebat dalam nyanyian, tetapi juga memiliki rupa paras yang cantik.

Dalam pada itu, sebagai buah tangan sulung daripada Girl Republik, kumpulan itu bakal muncul dengan single lagu pertama mereka iaitu Kau Lelaki Ego, ciptaan Awi tidak lama lagi.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Aku Kaya itu pula bakal membuat persiapan untuk mengadakan persembahan di Singapura pada 30 Ogos depan.

"Alhamdulillah, saya suka dengan peringkat kerjaya saya sekarang ini dimana saya akan sibuk tanpa henti. Bermula daripada menghasilkan lagu untuk orang, diri sendiri serta gigih memenuhi undangan persembahan nyanyian.

"Di Singapura pula, ia merupakan satu persembahan berskala besar yang saya perlu buat banyak persiapan tertentu. InsyaAllah moga semuanya berjalan lancar," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Awi Rafael , Girl Republik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan