Nana Mahazan Takut Pembantu Rumah

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 12:30 AM

Nana Mahazan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyampai radio Nana Mahazan berasa lebih selamat menguruskan rumah tangganya sendiri tanpa memerlukan bantuan pembantu rumah.

Nana atau nama sebenarnya Nor Hana Che Mahazan, 31, berkata, dia risau, kehadiran pembantu rumah akan mengundang pelbagai masalah kerana banyak kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap tuan rumah yang mengambil perkerja tersebut.

"Ishhh... tak beranilah saya nak ambil pembantu rumah. Saya rasa lebih selamat buat kerja-kerja rumah sendirian serta menguruskan suami (Mohd Raqeem Brian Abdullah) dan anak-anak, Althea, 3 dan Aaqib, setahun.

"Biarlah walaupun penat ianya berbaloi kerana apa yang dilakukan adalah demi keluarga sendiri.

"Andai kata saya dipanggil untuk mengendalikan tugas di konti radio, saya akan meminta bantuan emak menjaga anak-anak," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, ditanya tidakkah dia ingin kembali aktif semula di bidang radio, kata Nana, dia lebih selesa menjadi penyampai radio sambilan untuk memudahkannya menguruskan keluarga.

"Sejujurnya, saya kini lebih seronok menjalani kehidupan sekarang tanpa perlu fokus terhadap kerja di konti.

"Suami pun tidak mempunyai masalah dengan keputusan saya itu. Dia terima sahaja sama ada saya mahu bekerja sepenuh masa atau sambilan. Tetapi saya mahukan kehidupan yang berkualiti untuk keluarga. Sebab itu saya nak uruskan semuanya sendiri," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Nana Mahazan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan