Farish Aziz Akan Lebih Berhati-Hati Guna Laman Sosial

Diterbitkan: Sabtu, 2 Ogos 2014 12:30 AM

Gambar 'selfie' Farish yang mencetuskan kontroversi dikalangan peminat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan penyampai radio Suria FM Sabah iaitu Farish Aziz akan lebih berhati-hati ketika menggunakan laman sosial seperti Instagram dan Twitter selepas dikecam teruk ekoran tindakannya memuat naik gambar 'selfie' ketika di tanah perkuburan pada 1 Syawal lalu.

Farish, 30, berkata, insiden berkenaan memberi pengajaran kepadanya untuk lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat dan berharap kejadian serupa tidak akan berulang lagi.

"Saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu gambar selepas ini kerana mungkin ia akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak tambahan pula sebagai seorang selebriti segala tindakan sentiasa diperhatiakan oleh peminat. 

"Biarpun saya tidak mempunyai sebarang niat tidak baik apabila berkongsi gambar tersebut dengan peminat namun kejadian ini memberikan saya pengajaran," katanya kepada mStar Online.

Farish terdahulu dikecam hebat oleh para pengikutnya selepas dimemuat naik gambar berkenaan yang disifatkan sebagai tidak menghormati adab dan akhlak ketika menziarahi tanah perkuburan saudaranya di Sipitan, Sabah.

Aktor itu kemudiannya membalas kritikan berkenaan bagi mempertahankan dirinya sebelum tampil memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terguris dengan tindakan tersebut.

Dalam pada itu, Farish turut mendedahkan akibat kejadian tersebut, dia menerima ugutan bunuh selain kata-kata negatif yang memberi impak bukan sahaja kepadanya tetapi keluarganya.

"Bukan niat saya untuk mengguris perasaan sesiapa tentang gambar tersebut dan tidak menyangka sampai ada yang mengugut untuk membunuh saya gara-gara tidak berpuas hati.

"Saya sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram saya dan berharap isu ini tidak lagi disensasikan oleh mana-mana pihak dan cukuplah setakat ini," katanya.

Sementara itu, Farish berkata, dia terkilan apabila teguran menggunakan kata-kata kesat dilemparkan kepadanya dan menganggap ia sebagai perbuatan seseorang yang mempunyai mentaliti rendah.

Pun begitu kata Farish, dia turut berterima kasih kepada pengikutnya yang banyak memberikan teguran secara baik dan berhemah kepadanya supaya memadam gambar berkenaan untuk mengelak daripada kejadian itu menjadi lebih teruk.

"Jika ingin tegur apa salahnya buat secara baik dan tidak perlulah hingga mengeluarkan kata-kata kesat sehingga mengguris perasaan orang lain," katanya.
Tags / Kata Kunci: Farish Aziz , Selfie.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan