Tania Hudson Mahu Aktif Selepas 'Hilang' Dua Tahun

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Tania Hudson tidak bimbang kontroversi yang sedang melanda pengurusnya, Marina Juki yang memiliki syarikat pengursan artis - Wirefame akan memberi kesan kepada perjalanan kariernya yang diuruskan wanita berkenaan.

Tania sebaliknya berkata, dia percaya dengan komitmen dan kebolehan Marina untuk membawa kerjayanya ke tahap lebih tinggi memandangkan sudah dua tahun dia menyepi daripada sebarang projek terbaharu.

"Saya memilih Marina untuk menguruskan kerjaya saya kerana percaya akan kredibilitinya dan yakin dia seorang yang profesional.

"Segala kontroversi yang melandanya tiada kena mengena dengan saya dan yakin dia mampu mengendalikan masalah tersebut," katanya kepada mStar Online.

Tania tidak kisah terpaksa memulakan kerjayanya daripada bawah.

Wirefame berhadapan dengan masalah apabila salah seorang pengarah syarikat itu, Zizan Razak membekukan akaun bank syarikat berkenaan sehingga menyebabkan beberapa artis lain di bawah pengursan berkenaan tidak mendapat gaji.

Dalam pada itu, Tania berkata, dia memilih untuk melantik pengurus memandangkan sudah agak lama dia menyepi daripada sebarang projek dan memerlukan individu yang boleh membantu mendapatkanya publisiti.

"Sebelum ini saya tidak pernah mempunyai pengurus dan ini adalah kali pertama saya berbuat demikian bagi memastikan perjalanan karier saya teratur dan berjalan lancar.

"Tambahan pula saya ingin melancarkan kembali karier saya selepas dua tahun menyepi dan saya yakin dengan adanya pengurus akan dapat membantu dalam urusan perancangan dan strategi," katanya.

Tambah Tania, sepanjang tempoh dia berehat daripadadunia lakonan, dia banyak terlibat dalam pembikinan iklan selain sibuk membantu kakaknya, pelakon Natasha Hudson menguruskan perniagaan.

Tags / Kata Kunci: Tania Hudson , Marina Juki.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan