Misha Omar Cipta Lagu Istimewa Buat Suami

Diterbitkan: Khamis, 31 Julai 2014 12:32 AM

Misha Omar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar menzahirkan rasa cinta kepada Firos Ezzwan Rossly, 32, dengan menghasilkan sebuah lagu untuk suaminya itu.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, ini merupakan kali pertama dia menghasilkan lagu selepas 12 tahun berkecimpung dalam dunia muzik tempatan.

"Sebenarnya idea ingin mencipta lagu hasil tangan sendiri tercetus selepas melihat kad kahwin kami dan ketika itu melodi lagu hadir secara spontan.

"Kemudian saya terus meminta bantuan Helen Yap (komposer) menghasilkan lagu tersebut. Ia mengisahkan tentang cinta dan harapan saya terhadap suami," katanya.

Bagaimanapun, tambah Misha, lagu tersebut tidak akan dimuatkan dalam album baharu yang dijangka akan dipasarkan pada akhir tahun ini kerana ia tidak sesuai dengan konsepnya.

Dalam pada itu mengenai album baharunya itu, ia akan memuatkan lapan buah lagu dan tinggal dua buah lagu sahaja lagi yang perlu dirakamkan.

Sementara itu, mengenai sambutan Hari Raya pula, Misha berkata dia gembira kerana pertama kali menyambut bersama keluarga suaminya di Negeri Sembilan namun pada masa sama bersedih kerana tahun ini juga merupakan kali pertama dia menyambut Aidilfitri tanpa ayah di sisi.

"Ayah baru sahaja meninggalkan kami pada Disember tahun lalu dan memang sukar untuk saya lupakan kenangan manis kami ketika menyambut Aidilfitri.

"Walaupun sudah ada suami, kasih dan cinta kepada ayah tiada penggantinya. Saya reda dengan ujian yang diberi ini kerana saya percaya ada orang lain yang diuji lebih berat berbanding diri ini. Saya positif," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Misha Omar , Raya 2014

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan