Karya Adira Ada Persamaan Dengan Lagu Agnes Monica

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 12:31 AM

ad
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Adira menjelaskan mungkin terdapat persamaan secara tidak langsung antara lagu dendangannya burjudul Ruhi Kasih dengan lagu penyanyi Indonesia, Agnes Monica iaitu Dan Tak Mungkin.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, lagu yang dirakam setahun lalu itu ciptaan komposer dan penulis lirik AG Coco.

"Lagu ini memang lagu asalnya macam itu, mungkin juga ada persamaan dengan lagu Agnes Monica secara tidak langsung, tapi pembawakannya berbeza.

"Ia sudah lama dalam simpanan AG dan tahun lepas baru saya rakam untuk dijadikan single dalam album Dewi Cinta," ujarnya.

Adira berkata demikian ketika diminta mengulas tentang komen-komen yang diterima daripada pendengar lagu Ruhi Cinta di laman YouTube rasminya mendakwa lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu Dan Tak Mungkin nyanyian Agnes Monica.

Bagaimanapun, Adira berkata terpulang kepada pendengar untuk menilaikannya.


"Masing-masing mungkin ada pendapat tentang lagu itu, apa pun lagu Ruhi Kasih itu merupakan lagu yang paling saya suka dalam album ini," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang pembabitannya dalam kerjaya lakonan, Adira berkata, dia lebih menumpukan perhatian terhadap bidang nyanyian.

Namun, katanya, dia tidak menolak jika menerima tawaran dan masa yang sesuai.

"Saya tidak boleh beri komitmen pada lakonan, buat masa ini biarlah saya fokus pada bidang nyanyian sahaja.

"Insya-Allah kalau ada masa dan watak yang sesuai saya akan terima," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Adira , Dewi Cinta , Ruhi Kasih , Agnes Monica

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan