Amy Mastura Kagum Artis Baharu Tempoh Kontroversi

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 12:32 AM

Amy bersyukur terpelihara daripada gosip dan kontroversi liar sepanjang menjadi artis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Penyanyi Amy Mastura mengakui kagum dengan kemampuan artis-artis baharu yang terpaksa berhadapan dengan segala macam kontroversi ketika ini.

Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 43, berkata, sebagai artis yang berpengalaman dalam industri, dia sendiri tidak tahu untuk berhadapan dengan isu-isu berat yang seringkali terkait pada artis-artis baharu.

"Saya ini seorang yang tidak tahu nak cipta kontroversi dan saya kagum juga melihat artis-artis baru yang banyak sangat kontroversi sekarang ini.

"Pada saya itu juga satu anugerah terpendam untuk berhadap dengan kontroversi, jika tidak tahu bagaimana untuk mengawal ia boleh menjejaskan kerjaya artis itu sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Amy berkata, kemajuan teknologi telah mendedahkan artis pada sebarang perkara baik dan buruk yang boleh mencetuskan sebarang isu.

Dia bagaimanapun bersyukur, sepanjang kerjayanya dalam industri hiburan tanah air, dia terpelihara daripada sebarang perkara buruk dan tidak diingini.

"Alhamdulillah, mungkin Allah pelihara saya daripada perkara-perkara buruk yang terjadi dalam industri ini.

"Pada saya, sejak dulu lagi sudah banyak sahaja kontroversi cuma sekarang mungkin artis lebih terdedah kepada umum menjadikan lebih banyak kontroversi menimpa mereka," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang pengalaman Hari Raya, Amy terlalu banyak pengalaman manis.

"Saya banyak pengalaman manis seperti beraya dalam keadaan tercedera kerana bermain mercun, beraya di perantauan ketika jadi pramugari manakala beraya bersama arwah bapa antara yang saya tidak mungkin lupakan," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Amy Mastura , Aidilfitri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan