Awi Rafael Aktif Buat Lagu

Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 12:32 AM

Awi Rafael

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Awi Rafael mengakui jadual hariannya semakin padat kerana sibuk menghasilkan lagu-lagu baharu untuk beberapa penyanyi tempatan.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata, keadaan itu membuatkan dia berasa seronok kerana rasa lebih produktif, ditambah pula idea lagu yang dihasilkan lebh mudah hadir di fikirannya.

"Selalunya orang kata, nak buat lagu kena tunggu masa-masa tertentu tetapi sebenarnya tidak juga.

"Apabila saya sibuk menyiapkan pelbagai lagu, makin mencurah-curah idea itu datang," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, sambutan Hari Raya pada tahun ini kata Awi amat bermakna kerana seluruh keluarganya akan berkumpul di Singapura.

"Bagi saya, sambutan Aidilfitri merupakan masa yang paling sesuai untuk seluruh keluarga dan orang yang tersayang berkumpul bagi meraih kemenangan berpuasa.

"Tahun ini saya akan bercuti selama empat hari sahaja dan masa ini akan saya gunakan untuk berjumpa dengan mereka. Mungkin pada hari ketiga saya akan beraya dengan rakan-rakan pula," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Awi Rafael , Raya 2014

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan