Hanis Zalikha Tidak Teruja Balik Kampung

Diterbitkan: Isnin, 28 Julai 2014 12:33 AM

Hanis Zalikha beraya di Shah Alam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mengakui kemeriahan beraya di kampung sudah tidak lagi dirasai selepas pemergian datuk dan neneknya kedua-dua belah orang tuanya.

Bagaimanapun, Hanis berkata, dia akan menangis setiap kali pagi Syawal bila teringatkan suasana di kampung halamannya.

"Sudah hampir tiga tahun saya tidak balik beraya di kampung Johor dan Kedah kerana datuk dan nenek sebelah kedua-dua orang tua saya sudah meninggal dunia.

"Saya dan keluarga hanya beraya di Shah Alam sahaja. Memang agak sedih juga sehinggakan saya menangis apabila terkenang suasana beraya di kampung dahulu," ujarnya.

Menceritakan pengalaman setiap kali lebaran, Hanis berkata, dia rindu saat untuk balik kampung bagi menyambut Hari Raya.

Katanya, perkara paling dinanti-nantikan ialah perjalanan balik beraya daripada Johor ke Kedah yang mengambil masa hampir sembilan jam.

"Saya tidak boleh lupa dulu setiap kali raya saya dan keluarga akan ada aktiviti perjalanan yang panjang iaitu lepas balik kampung di Johor, kami akan terus balik kampung di Kedah.

"Adik beradik saya ada enam orang, bayangkan selama sembilan jam perjalanan itu membuatkan kaki kami jadi kejang," ujarnya.

Sementara itu, menyentuh tentang persiapan raya, Hanis berkata, semua telah disiapkan oleh ibunya.

Katanya, dia hanya dipertanggungjawabkan dalam hal menghias rumah sahaja.

"Ibu sudah beli kain berela-ela warna biru, saya tidak tahu fesyen apa kami berayapada tahun ini kerana semua sudah diuruskan oleh ibu.

"Daripada segi persiapan makanan juga biasanya ibu akan masak ayam masak merah dan kuah lodeh sebagai makanan wajib," katanya.
Tags / Kata Kunci: Hanis Zalikha

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan