Lisa Surihani Rasa Sayu Setiap Kali Hadirnya Syawal

Diterbitkan: Ahad, 27 Julai 2014 12:33 AM

Raya semakin dan terisi selepas berkahwin dengan Yusry.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani mengakui setiap kali tibanya Syawal, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih apabila terkenangkan arwah bapanya, Mohammad.

Lisa berkata, hatinya terasa kosong dan seperti ditinggalkan setiap kali menjelangnya Hari Raya.

"Selepas kematian bapa, saya rasa hidup saya kosong terutama pada hari-hari awal Hari Raya, saya rasakan semuanya tidak seperti biasa.

"Perasaan sayu akan bertandang setiap kali masuknya Syawal dan ia menjadi lebih syahdu apabila semua ahli keluarga berkumpul," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Lisa akui selepas berkahwin dengan pengarah filem Yusry Abdul Halim kekosongannya mula terisi sedikit demi sedikit.

Dia mula merasai keterujaan untuk menyambut Hari Raya seperti dahulu.

"Setelah saya berkahwin perasaan sayu dan kosong itu semakin hilang. Yusry mengisi dan memberi rasa teruja dan beri semangat untuk saya meraikan Lebaran," ujarnya.

Dalam pada itu, Lisa juga mengakui Aidilfitri juga merupakan hari untuk memperingati bapanya yang meninggal dunia pada Syawal 2008.

Dia sentiasa memastikan sambutan hari mulia ini dibuat dengan penuh kesyukuran.

"Pada tahun 2008 kami sekeluarga beraya di hospital kerana bapa sedang dirawat akibat kanser. Kami sempat meraikan bersama-sama sebelum ayah meninggal dunia," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Lisa Surihani , Yusri Abdul Halim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan