Peminat Nasihat Awal Ashaari Elak Amalan Khurafat Ketika Tanam Uri

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 12:43 PM

Pasangan ini telah dikurniakan anak perempuan pada Rabu lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan pelakon dan pengacara Awal Ashaari berkongsi gambar dan meminta pandangan pengikut laman Instagram tentang cara menanam uri selepas isterinya, Scha Al-Yahya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka menerima pelbagai reaksi.

Rata-rata, nasihat yang diberi mengingatkan Awal supaya menolak amalan syirik yang sering dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Melayu yang kononnya akan memberi manfaat kepada bayi tersebut pada masa akan datang.

Salah seorang pengikut Instagram Awal yang dikenali sebagai @irza3112: "Tak payah letak apa-apa, tanam dengan sempurna, elak dari digali binatang seperti anjing dan lain-lain. Khurafat boleh rosakkan akidah.

Manakala @azlinaaris2000 berkata: "Jangan diletak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. Tanam di tempat yang bersih dan selamat contonhnya di belakang masjid.

Gambar yang dimuat naik pada pagi Khamis itu mendapat sebanyak 9429 'likes' dan lebih 300 komen daripada pengikutnya yang mencecah 475,000.

Gambar yang dimuat naik oleh Awal pada pagi Khamis.

Bagaimanapun beberapa pengikut turut memberi cadangan membersihkan uri tersebut dengan pelbagai cara pelik.

Antaranya sitizuhaima89 berkata:" Letak dalam sumpit, dalam uri itu letak abu kemudian tutup dengan tempurung dan letak di dapur tempat memasak. Biasanya bidan-bidan yang buat semua itu.

Bagi @Habib: "Jangan tanam dekat dengan akar nanti anak mudah sakit,"Begitu juga dengan @naaina yang memberi pandangan pelik: "Jangan lupa masukkan pensil dan buku sekali agar dia pandai belajar,".


Antara komen dan cadangan pengikut-pengikutnya.

Sementara itu, ada juga pengikut lain yang mempersoalkan tindakan Awal memuat naik gambar tersebut yang dianggap kurang sesuai untuk tatapan umum.

"Untuk mengelak sesuatu yang buruk, lebih baik buang gambar ini. Tidak elok sebenarnya masukkan gambar seperti ini," kata @snfaizal.

Scha Al-Yahya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 5.50 petang Rabu di Pusat Perubatan Prince Court, dekat sini. 

Tags / Kata Kunci: Awal Ashaari , Scha Alyahya

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan