Mohd Hassan (Imam Muda) Tidak Terlibat Rendahkan Wartawan Isu MH17

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 7:19 AM

Imam Muda Hassan mohon maaf atas status menyinggung perasaan wartawan yang membuat liputan tragedi MH17.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Status kontroversi Facebook milik juara Imam Muda musim kedua iaitu Mohd Hassan Adli Yahya yang mempersoalkan tugas wartawan berhubung insiden MH17 bukan ditulis olehnya.

Mohd Hassan berkata, status berkenaan ditulis oleh individu yang menjaga page peminat (fan page) Facebook berkenaan tanpa pengetahuannya.

“Status tersebut dimuat naik oleh pihak pengurusan saya yang tidak terlibat dalam industri media sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pihak wartawan khususnya mereka yang terlibat membuat liputan nahas itu.

"Saya ambil kesempatan untuk mohon ribuan kemaafan kepada semua wartawan terhadap status yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook saya,” katanya dalam satu mesej yang dikirimkan kepada mStar Online.

Permohonan maaf yang dibuat Hassan menerusi laman Facebooknya.

Mohd Hassan pada Jumaat lalu memimbulkan kemarahan pengamal media di negara ini apabila terdapat status merendah-rendahkan tugas wartawan yang membuat liputan mengenai tragedi pesawat MH17.

Dalam status berkenaan Mohd Hassan dikatakan mempersoalakan soalan-soalan wartawan yang dianggap tidak berfaedah kepada keluarga mangsa MH17.

Status itu menimbulkan rasa kecewa pengamal media  yang terpaksa bekerja untuk memberi liputan terbaik agar orang ramai mendapat gambaran sebenar termasuklah luahan hati keluaga mangsa.

Bagaimanapun status kontroversi itu telah dipadamkan dan digantikan dengan permohonan maaf.

Status di laman Facebook milik Mohd Hassan mempersoalakan soalan-soalan wartawan terhadap keluarga mangsa MH17 menjadi kontroversi.

Dalam pada itu Mohd Hassan berkata dia tidak menyedari status berkenaan menjadi isu sehinggalah perkara tersebut dimaklumkan oleh salah seorang peserta Imam Muda yang lain.

"Selepas saya perasan tentang status itu saya terus meminta pihak yang bertanggungjawab terhadap Facebook saya agar padamkan status yang dia buat itu supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

"Sepanjang Ramadan ini saya agak sibuk, jadi saya jarang muat naik atau lihat status di Facebook. Tidak sangka perkara sebegini berlaku," katanya.

Sehubungan itu Mohd Hassan berharap perkara tersebut tidak merenggangkan hubungan baiknya dengan pihak media yang terjalin selama ini.

Tags / Kata Kunci: Imam Muda Hassan , MH17

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan