Album Nasyid Terselamat Dicetak Rompak

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 12:37 AM

Album terbaharu Nizal Mohammad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Di saat penyanyi-penyanyi tempatan sering mengeluh kerana terpaksa berdepan dengan isu cetak rompak sehingga menjejaskan jualan, album berbentuk nasyid masih lagi selamat daripada masalah tersebut.

Menurut Pengurus A&R Universal Music Sdn Bhd, Azali Nor Abd Rahman, sehingga kini peminat muzik nasyid lebih gemar membeli album asli berbanding jenis cetak rompak dan ia memudahkan syarikat rakaman untuk menghasilkan lebih banyak lagi album-album berbentuk keislaman.

"Walaupun lagu-lagu nasyid tidak begitu popular di radio, tetapi ia mempunyai peminat-peminat yang tersendiri.

"Sehingga kini, peminat nasyid masih memberi sokongan dengan membeli album yang asli dan pasaran pun makin besar tanpa kita sedar," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Azali berpendapat, jualan album di kedai-kedai buku serta restoran selain kedai muzik dan harga album yang murah juga menjadi sebab album Nasyid masih lagi mendapat sokongan peminat-peminat.

Antara album Nasyid lain terbitan Universal Music.

Tambah Azali, jualan album menjadi lebih tinggi terutamanya di bulan Ramadan dan kerana itu pihak Universal menerbitkan sebanyak lapan buah album untuk dipasarkan pada bulan ini.

Antara album yang diterbitkan ialah Matahati, nyanyian Ustaz Robby Zaid Tandang, Hadith Sahih Pilihan (Ustaz Adlan Abd Aziz), Bacaan Terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Nizal Mohammad), Satu Kalimah (Damai & Friends), Bacaan Dan Zikir Selepas Solat Menurut Hadith Sahih (Ustaz Azahari Abd Rahman), Raikan Ramadan, Rohi dan Best Hit Nostalgia Raya.

"Lapan album, nampak macam banyak dalam sebulan. Tetapi, di bulan Ramadan, permintaan album Islamik sangat tinggi.

"Kerana itu juga ramai penyanyi Nasyid berlumba-lumba menghasilkan album untuk keluaran Ramadan," ujarnya.

Sementara itu, Azali berkata, selepas bulan Ramadan, pihaknya akan mengeluarkan sebanyak tiga buah album setiap bulan.
Tags / Kata Kunci: Universal , Album Nasyid

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan