Lebih 700,000 Tonton Klip Video Hanie Soraya

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 3:02 AM

Hanie tidak sangka lagu Hujung Dunia Mendapat Sambutan Hangat. Foto REDCARPET

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baharu, Hanie Soraya teruja apabila lagu pertamanya, Hujung Dunia yang mendapat sambutan hangat di negara ini walaupun kurang promosi.

Hanie atau nama sebenarnya Hanie Soraya Taha, 20, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas melihat klip video lagunya di YouTube yang mendapat perhatian sehingga mencecah 753,613 jumlah tontonan.


"Alhamdulillah. Jujurnya saya tidak sangka Hujung Dunia begitu popular kerana ketika ia mula dimainkan di radio, saya berada di Mesir tambahan pula saya sendiri belum pernah dengar lagu itu selepas ia siap.

"Itu pun selepas beberapa bulan, barulah saya dapat melihat sendiri di Youtube," katanya kepada mStar Online.

Hanie merupakan penuntut di Universiti Mansoura, Mesir peringkat sarjana muda dalam jurusan perubatan.

Sementara itu, Hanie berkata, buat masa ini dia akan memberi fokus terhadap pengajiannya yang dijangka berakhir empat tahun lagi.

Walaupun kerjaya nyanyiannya sedang berkembang di negara ini, namun Hanie percaya susunan jadual kerja nyanyian yang dilakukan oleh Faizal Tahir selaku komposer lagunya mampu mengekalkan dia untuk terus aktif di bidang seni.

"Kalau boleh saya mahu berjaya sebagai seorang doktor dan penyanyi. Saya percaya selain menjadi doktor, muzik juga mampu menjadi penawar dalam mengubati jiwa seseorang. Apa salahnya jika saya digelar 'The Singer Doctor'.

"Bagaimanapun fokus utama saya adalah pengajian dan aktiviti nyanyian hanya dilakukan apabila masa lapang," ujarnya.

Sementara itu Hanie yang masih dalam cuti semesterdan berada di Kuala Lumpur bakal sibuk merakamkan lagu terbaharu ciptaan komposer Faizal, Omar K dan Mike Chan.
Tags / Kata Kunci: Hanie Soraya , Hujung Dunia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan