Harith Iskander Terkejut Tuduhan Minta RM100,000 Daripada Stesen TV - Berita Hiburan | mStar

Harith Iskander Terkejut Tuduhan Minta RM100,000 Daripada Stesen TV

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 3:03 AM

Harith Iskandar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Harith Iskander menyifatkan tuduhan dia dikatakan menetapkan harga RM100,000 bagi menjayakan program Hari Raya di sebuah stesen televisyen adalah mengarut.

Harith, 43, berkata, dia terkejut apabila isu itu timbul kerana sehingga kini belum ada mana-mana pelawak yang menetapkan harga seperti itu apatah lagi bagi menjayakan sebuah rancangan televisyen.

"Hahahaha! Setakat ini tiada siapa yang mampu meletakkan harga sebegitu tinggi. Rasanya harga itu dah melampau.

"Pelawak yang dimaksudkan bukan saya dan rasanya ia juga bukan daripada pelawak-pelawak yang saya kenal. Nilai harga yang dikatakan itu tidak masuk akal," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan seorang pelawak meletakkan harga RM100,000 apabila diundang menjayakan sebuah program Hari Raya sebuah stesen televisyen.

Perkara itu mengejutkan pihak penerbit dan ia disifatkan mungkin salah satu cara untuk pelawak berkenaan menolak tawaran berkenaan.

Walaupun akhbar berkenaan tidak menyebut siapakah pelawak yang dimaskudkan, tetapi komen-komen pembaca forum hiburan membuat spekulasi artis yang diperkatakan itu adalah Harith.

Sementara itu, Harith berkata, walaupun ramai yang melihat dia mungkin perlu dibayar mahal tetapi pada dasarnya dia meletakkan bayaran RM10,000 untuk sesebuah acara majlis dan jumlah itu masih boleh dirunding.

"Kalau nak tahu, kadar bayaran saya hanyalah 10 peratus daripada RM100,000 yang digosipkan itu. Dan kadarnya juga ditetapkan mengikut kesesuaian majlis dan klien itu sendiri.

"Sekiranya klien itu berpuas hati dengan persembahan yang diberikan, mereka akan memanggil kita semula dan secara tidak langsung mereka akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding undangan persembahan sebelumnya," jelas Harith.

Dalam pada itu, tambah Harith, peningkatan harga bayaran seseorang pelawak juga terpulang kepada pengalaman serta peningkatan cara persembahan lawak yang disampaikan di mana ia juga akan ditetapkan sendiri oleh pihak klien.
Tags / Kata Kunci: Harith Iskander
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan