Trauma Isteri Awie, Rozana Rindu Tatap Anak

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 2:23 AM

Rozana menitipkan kata-kata kerinduan terhadap anak-anaknya selepas terputus hubungan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Air mata wanita ini menitis satu persatu tatkala bercerita peristiwa sedihnya termasuklah kegagalan berjumpa anak-anak.

Rozana Misbun, 36, juga tidak dapat menahan sebak kerana usaha untuk berjumpa anak kandung sendiri dihalang oleh suami, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46.

“Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab,” jelas Rozana yang membahasakan dirinya Ina tatkala membuka bicara.

Dalam satu pertemuan eksklusif dengan mStar Online di Bangsar pada malam Isnin lalu, jelas terbayang pada wajah wanita ini akan trauma kehidupan rumah tangganya bersama Awie.

Namun, dia masih mampu untuk menyembunyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi  rentetan peristiwa hitam, insiden dia dikatakan dibelasah suami sendiri.

“Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…” pintanya.

Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.

Air mata Rozana gugur apabila bercerita mengenai kerinduannya terhadap anak-anak.

Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya.

Ikuti tembual mStar Online bersama Rozana.

Gambar-gambar kecederaan Rozana ini tersebar di Internet sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.

Saya simpati dengan nasib menimpa Ina. Bagaimana Ina boleh simpulkan sembilan tahun perkahwinan Ina dengan Awie?

Alhamdulillah... Ina bahagia dengan Awie. Dia suami yang bertanggungjawab terhadap Ina dan anak-anak. Tetapi sedihnya apabila satu ujian telah berlaku dalam rumah tangga kami, kasih-sayang yang telah disemai selama sembilan tahun akhirnya musnah.


Saya difahamkan sudah sebulan Ina tak jumpa anak-anak. Bagaimana ia boleh berlaku?

Ina hidup dalam keadaan trauma. Emosi Ina juga tertekan akibat kejadian hitam yang menimpa Ina. Keadaan fizikal Ina yang sakit turut menambahkan lagi rasa bimbang. Sehinggalah kira-kira hampir dua minggu selepas peristiwa itu (iaitu pada 15 Jun 2014), Ina membuat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu di Bangsar (Kuala Lumpur).


Jika Ina sayangkan anak-anak, kenapa tidak bawa mereka bersama?

Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Lillahi Taala, abang... Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat.

Tetapi Ina terpaksa meneruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina.

Rozana (dua dari kanan) bersama Awie dan anak-anak mereka.

Ina ada hubungi anak-anak atau tidak untuk melepaskan rindu?

Sudah tentu abang tapi sayangnya bila Ina call, panggilan tidak berjawab. Ina tak tahu apakah sebabnya. Pernah juga bila Ina call, hanya sekali sekali sahaja ringing dan kemudiannya putus.


Kenapa Ina tidak ke sekolah mereka? Kan lebih mudah berjumpa di sana!

Ina ada hubungi pihak sekolah untuk bercakap dengan anak-anak. Tapi Ina benar-benar terkejut apabila pihak sekolah tidak membenarkan Ina bercakap dengan mereka.

Pihak sekolah memaklumkan pada Ina, Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 agar tidak membenarkan Ina menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.

Kalau Ina pergi juga ke sekolah dan jumpa mereka, tentulah anak-anak akan beritahu bapa mereka. Anak-anak kan tidak pandai berbohong. Sudah pasti banyak masalah lain akan timbul nanti.


Saya dapat bayangkan betapa tertekannya jiwa seorang ibu. Kalau begitu, bagaimana Ina ikuti perkembangan anak?

Ina tak ada pilihan bang! Ina hanya melihat perkembangan anak sulung Ina (Ahmad Merrah) menerusi Instagram dia sahaja. Dia dah kelihatan agak kurus, mungkin rindukan Ina.


Ina... saya ada dengar kononnya Ina mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak Awie bersama Arni. Apakah benar khabar itu?

Fitnah bang… itu semua cerita rekaan. Hubungan Ina dengan anak-anak tiri Ina sangat rapat. Semasa Ina dalam keadaan sakit, anak tiri Ina iaitu Puteri Aleefa yang temankan Ina ke hospital. Malah Puteri Aleefa sanggup tidur di sebalah Ina untuk menjaga ibu tirinya ini.

Kalau benar Ina abaikan mereka, kenapa kisah ini hanya timbul semasa kontroversi rumah tangga Ina sedang berlaku. Sepatutnya sejak dulu lagi. Ia fitnah!.

mStar Default Image
Menatap gambar anak untuk melepaskan rindu.

Keadaan kesihatan Ina pula bagaimana? Masih sakit?

Ina tak tipu… mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru.


Dalam gambar yang tersebar kelihatan hidung dan bahagian telinga seperti cedera. Bagaimana keadaannya?

Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih.

Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey.


Aduhhh! Saya tak sanggup nak dengar kesakitan itu. Ina masih trauma?

Tentulah. Ina dah jadi fobia dan trauma. Tapi jujurnya jiwa Ina tertekan kerana tidak dapat jumpa anak-anak. Setiap malam ketika hendak pejamkan mata, Ina akan teringatkan mereka. Dan tentunya Ina akan bayangkan keadaan anak-anak dan persiapan hendak menyambut Aidilfitri nanti. Ina Cuma harap agar Allah memberi kekuatan, kesabaran dan petunjuk untuk Ina hadapi ujian hidup yang sedang Ina lalui ini.

Bagaimana perasaan Ina terhadap Awie selepas melalui ujian-ujian getir seperti ini?

Entahlah... Ina susah nak jawab. Fikiran Ina kosong sekarang ni. Jujurnya Ina tak dendam apa-apa dengan dia, sungguh!

Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana Misbun

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan