Gosip Cinta Jamal Abdillah & Wartawan Hiburan Adalah Palsu

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 4:21 PM

Jamal dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan wartawan hiburan Harian Metro.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kisah terbaharu yang mengatakan bintang pop negara, Datuk Jamal Abdillah sedang hangat bercinta dengan seorang wartawan hiburan adalah tidak benar dan bersifat gosip semata-mata.

Perkara itu disahkan sendiri oleh wartawan berkenaan iaitu Ramlah Zainal yang bertugas di Harian Metro ketika dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.

Ramlah berkata, dia terkejut dengan gosip tersebut sedangkan hubungannya dengan Jamal tidak lebih daripada seorang wartawan dan rakan artis.

"Kami hanya kawan dan hubungan kami hanyalah antara wartawan dan rakan artis sahaja. Gosip itu tidak betul.

"Saya terkejut apabila ada pihak menulis laporan gosip seperti itu," katanya kesal.

Sebuah portal hiburan pada Rabu melaporkan Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 55, semakin akrab dengan seorang wartawan hiburan Harian Metro iaitu Ramlah.

Ramlah Zainal

Mereka dikatakan menjalinkan hubungan lebih serius memandangkan kedua-duanya berstatus solo.

Terdahulu, terdapat khabar angin mengenai percintaan Ramlah dan Jamal apabila mereka dikatakan kerap berjumpa.

Sementara itu Ramlah berharap penjelasannya itu dapat melenyapkan gosip tersebut yang dianggap mengarut.

"Saya harap kisah gosip ini tidak menjadi-jadi kerana kami sememangnya tiada apa-apa hubungan pun," tegasnya yang merupakan seorang ibu tunggal.

Tags / Kata Kunci: Datuk Jamal Abdillah , Ramlah Zainal

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan