Fizz Fairuz Bertengkar Kerana Filem 'Mat Tudung'

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 2:22 AM

Fizz Fairuz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz memberitahu pernah bertengkar dengan pengarah filem Mat Tudung iaitu Wan Hafiz gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakannya memasukkan beberapa babak yang dirasakan tidak perlu wujud dalam karya terbitan United Studios itu.

Fizz, 35, berkata, sebagai seorang pelakon dia bukannya tidak menghormati Wan sebagai pengarah sebaliknya ingin memberi pendapat bagi memastikan hasil akhir filem itu dapat diterima baik oleh peminat.

"Antara perkara yang membuatkan saya tidak puas hati apabila ada satu babak yang memerlukan saya makan pisang di atas kapal bersama Munir yang memegang watak lelaki lembut selain adegan ranjang bersama Rosnah Mat Aris.

"Bagi saya adegan-agedan itu tidak perlu ada dalam filem itu dan ketika itu tidak nampak apa keperluan pada watak saya dan kepada filem berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Selain Fizz, filem itu turut menampilkan Izzue Islam, Nelydia Senrose, Harun Salim Bachik, Rosnah Mat Aris dan Jihan Musa.

Ia bakal ditayangkan pada 28 Julai ini bersempena kedatangan 1 Syawal.

Fizz bergandingan dengan Nelydia Senrose dalam Mat tudung.

Bagaimanapun kata Fizz, selepas menonton hasil akhir Mat Tudung dalam sebuah majlis tayangan perdana yang diadakan baru-baru ini, dia mula memahami tindakan Wan yang bertegas mahukan adegan-adegan berkenaan dimasukkan ke dalam filem berkenaan.

Dalam pada itu, Fizz terkilan apabila majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Wangsa Walk, Wangsa Maju tidak mendapat kehadiran menggalakkan daripada tetamu yang dijemput.

Fizz berkata, situasi tersebut berbeza dengan sambutan diberikan terhadap filem-filem antarabangsa dan perkara itu membuatkan dia bertambah kecewa dengan industri perfileman tempatan ketika ini.

"Saya kecewa apabila pra-tayangan yang diadakan tidak ramai yang hadir dan ia menunjukkan tahap sokongan orang terhadap filem tempatan masih rendah biarpun ia dibuat secara percuma.

"Saya berkesempatan hadir ke tayangan perdana sebuah filem antarabangsa baru-baru ini dan ia cukup meriah dengan kehadiran tetamu dan jauh beza dengan keadaan untuk filem Mat Tudung," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai peranannya dalam filem berkenaan, Fizz berkata, dia sebenarnya rimas memegang watak sebagai wanita namun menerima cabaran tersebut kerana tertarik dengan jalan ceritanya.

Bagaimanapun kata Fizz, pengalaman membawa dua watak berbeza dalam sebuah filem memberikan cabaran berbeza kepadanya namun telah memberikan terbaik kepada peminat.

"Rimas kerana untuk bersiap sahaja saya perlu mengambil masa selama dua jam dan tidak termasuk perkara-perkara lain tetapi itu adalah pengalaman menarik," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Fizz Fairuz , Mat Tudung.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan