Harith Iskander Berusaha Kurus Kerana Usia Meningkat

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 1:48 AM

Harith mahu mengurangkan berat badan demi anak-anaknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Harith Iskander nekad mengurangkan berat badannya selepas merasakan keperluan menjaga kesihatan ketika usia meningkat.

Harith, 43, mengakui, pada usia sekarang dan ditambah dengan berat badan berlebihan turut menyebabkan dia sukar bermain dengan anak-anaknya kerana mudah berasa letih.

"Hasrat saya kini hanya satu iaitu ingin kekal sihat selama mana yang boleh supaya dapat melihat anak-anak saya membesar sehingga dewasa.

"Sebelum berkahwin saya tidak menjaga diri saya dengan baik tetapi selepas mempunyai anak kesedaran itu timbul dan apa yang saya lakukan ini (menguruskan badan) demi anak-anak," katanya kepada mStar Online.

Harith bersama isteri dan anak sulung mereka. Foto Insan Instagram Harith Iskander.


Harith berkahwin dengan Jezamine Lim pada 2010 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Zander Xayne Iskander yang dua tahun dan Alessandrea Jayne Iskander, 9 bulan.

Dalam pada itu, Harith mengakui bukan mudah untuk dia menukar gaya hidupnya namun sokongan daripada membuatkan dia nekad untuk berubah.

Jelas Harith usahanya itu semakin menampakkan hasil apabila dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 24 kilogram dalam tempoh kurang daripada setahun.

"Sebelum ini berat badan saya adalah 122 kilogram dan sekarang hanya 98 kilogram sahaja. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan keluarga saya berjaya.
Berat badan Harith pernah mencecah 122 kilogram.

"Bagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat badan sekarang dan menyasarkan untuk turun 18 kilogram lagi," jelasnya.

Tambah Harith, dia akan memastikan dapat melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan aktiviti berjoging adalah paling diminatinya.

Pelawak yang pernah terkenal menerusi siri Jangan Ketawa itu bakal muncul menerusi filem Despicable Me 2 versi bahasa Malaysia di saluran HBO (Astro 411) pada 28 Julai ini.

Harith meminjamkan suaranya untuk watak sebagai Gru dalam filem berkenaan.
Tags / Kata Kunci: Harith Iskander.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan