Ahmad Idham Pertaruh Pelakon Tiga Negara Dalam 'Tembus' - Berita Hiburan | mStar

Ahmad Idham Pertaruh Pelakon Tiga Negara Dalam 'Tembus'

Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 12:34 AM

Ahmad Idham.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Ahmad Idham menggabungkan nama-nama besar tiga negara iaitu Aaron Aziz, Luna Maya dan Fazura sebagai pertaruhan kepada filem terbaharunya berjudul Tembus.

Ahmad Idham berkata, ketiga-tiga pelakon popular itu mampu menjadikan jalan cerita filem tersebut bertaraf antarabangsa.

"Pelakon-pelakon ini mewakili tiga negara iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia yang mana pemilihan ini dibuat bagi mengangkat jalan cerita Tembus ini kepada peringkat antarabangsa kerana isu penculikan kanak-kanak yang diketengahkan adalah isu dunia.

"Kalau saya ambil pelakon-pelakon Malaysia ia secara langsung akan dilihat sebagai isu negara sahaja," katanya kepada mStar Online.

Ahmad Idham (tiga, kanan) bersama barisan pelakon filem Tembus. - foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/THE STAR



Tambahnya, kehadiran Luna Maya bakal menjadi perhatian kerana wataknya adalah mewakili komuniti Indonesia yang bekerja di negara ini.

Sementara itu, Ahmad Idham berkata, idea menghasilkan filem berat ini berikutan pemerhatian terhadap isu penculikkan kanak-kanak yang menjadi hangat sekitar tahun lalu.

Selain itu katanya, ia merupakan salah satu proses percubaan yang dilakukan sebagai kajian terhadap trend cita rasa penonton untuk datang ke pawagam.

"Saya kini sedang mencuba membuat kajian terhadap tren citarasa penonton, apa yang mereka inginkan.

"Empat buah filem saya sebelum ini juga sebagai kajian sama ada penonton mahu genre yang bagaimana, Hantu Nan Sempit iaitu genre seram komedi saya lihat tidak lagi diterima, begitu juga Cindarella iaitu romantik drama juga buka tren lagi.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Idham , tembus
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan