Jakel Pilih Zizan Razak & Aaron Aziz Jadi Duta Baju Melayu - Berita Hiburan | mStar

Jakel Pilih Zizan Razak & Aaron Aziz Jadi Duta Baju Melayu

Diterbitkan: Ahad, 13 Julai 2014 12:35 AM

Aaron (kiri) dan Zizan dilantik sebagai duta Jakel bagi Hari Raya Aidilfitri kali ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua selebriti popular iaitu Aaron Aziz dan Zizan Razak dipilih menjadi duta produk tekstil terkemuka, Jakel bagi promosi sempena Aidifitri kali ini.

Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel berkata, pemilihan kedua-dua pelakon tersebut bukan sahaja kerana populariti, malah mempunyai pengikut yang tersendiri.

"Kita tahu kedua-dua mereka ini mempunyai tahap yang tinggi di industri seni dan menjadi ikon kepada masyarakat.

"Saya yakin populariti mereka yang mampu membantu produk baju Melayu keluaran Jakel untuk Hari Raya ini," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Jom Balik Raya Bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak, di Jakel cawangan Masjid India, di sini, Sabtu.

Sementara itu, jelas Mohamed Feroz, ia juga memberi peluang kepada peminat kedua-dua artis ini untuk mendapatkan baju Melayu yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. 

Dalam pada itu, katanya, kedua-dua baju Melayu tersebut mempunyai rekaan yang berbeza dari segi penggunaan fabrik dan corak. 

Mohamed Feroz (tiga, kiri) memberikan kupon baju melayu percuma kepada pengunjung. - foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR

“Koleksi baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak adalah koleksi yang menampilkan rekaan yang berbeza, begitu juga corak dan fabrik yang lebih berkualiti.

“Kita mahu pengikut-pengikut kedua-dua artis ini berpuas hati dengan baju yang mereka beli dan harva yang mampu dimiliki,” ujarnya.

Sementara itu, Zizan yang dilantik sebagai duta baharu Baju Melayu Jakel mengakui sangat berbesar hati diberi peluang tersebut.

Katanya, ia bukan sahaja sebagai satu kerjasama perniagaan, malah mampu mendekatkannya dengan peminat.

“Saya bersyukur kerana dipilih bersama Aaron untuk baju Melayu Aidilfitri kali ini, kalau dulu saya hanya beli Baju Melayu Aaron Aziz sahaja, kini saya ada baju saya sendiri.,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Jakel memberi percuma sebanyak 300 helai baju kepada pelanggan pertama yang hadir pada program tersebut. 

Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu turut diserbu oleh pengunjung yang ingin mendapatkan baju percuma dan diskaun separuh harga yang diadakan itu.
Tags / Kata Kunci: Aaron Aziz , Jakel , Zizan Razak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan