Eira Syazira Dipandang Serong Kerana Bisnes 'Online'

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 12:34 AM

Eira Syazira dan suami Azad Jazmin kini aktif menjalankan perniagaan masing-masing.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Eira Syazira mengakui pernah dipandang serong oleh segelintir artis ketika mula berjinak-jinak dengan perniagaan secara dalam talian (online)  beberapa tahun dahulu.

Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, 30, berkata, dia yang merupakan antara artis terawal menceburi perniagaan dengan kaedah dalam talian pernah dituduh sebagai merendahkan maruah seseorang artis.

"Saya artis terawal aktif buat perniagaan secara online dahulu, saya jual macam-macam benda sehinggakan ada artis yang tidak suka saya berbuat demikian.

"Dahulu mereka kecam dan kata menjual secara 'online' itu seperti merendahkan status artis tetapi sebaliknya hari ini ramai sahaja artis yang melakukannya," kata Eira kepada mStar Online pada Majlis Tayangan Raya Astro di Hotel Royale Chulan, di sini, malam Rabu.

Eira berkata, dia masih lagi menjalankan pelbagai jenis perniagaan secara dalam talian dan perkara tersebut kini menjadi sumber pendapatan terpenting kepada keluarganya.

Katanya, dia yang kini mempunyai sebuah bazar di Bangunan Mara merancang untuk membuka sebuah butik tidak lama lagi.

Sementara itu, Eira juga mengakui kesal dengan tuduhan sebuah akhbar bahawa dia dan suaminya Azad Jazmin sudah meninggalkan bidang lakonan.

Katanya, dia dan Azad hanya berehat sebentar daripada dunia lakonan bagi menumpukan perhatian terhadap perniagaan masing-masing.

"Saya dan Azad tidak berhenti berlakon, kami cuma berehat ebberapa bulan sahaja untuk menguruskan perniagaan kami.

"Saya akan berlakon semula mungkin lepas raya nanti, sementara Azad sibuk mengembangkan pernigaan multi-level marketing (MLM), Rania Marketing.

"Alhamdulillah, perniagaan kami berjalan lancar dan pendapatan bulanan yang kami dapat hasil perniagaan lebih daripada pendapatan di dunia lakonan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan