Kesilapan Ucapan Takziah Carmen Soo Melucukan

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 3:04 AM

Carmen Soo. Foto daripada laman web rasmi miliknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesilapan pelakon dan model Carmen Soo, 37, yang mahu mengucapkan takziah ketika dunia hiburan dikejutkan dengan kematian biduanita Datuk Sharifah Aini mengundang satu suasana lucu.

Soo yang berhasrat berkongsi rasa sedihnya terhadap Sharifah Aini telah menulis status takziahnya kepada individu lain iaitu  pelakon Sharifah Amani.

"RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani)," tulisnya dalam status Twitter kira-kira pukul 8 malam Ahad.

Status itu kemudiannya mendapat respons daripada Sharifah Amani dengan membalas mesej Twitter model itu sambil berkata; “Weh! I’m still alive and Twitting lah.” (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah).

Inilah status Twitter Carmen Soo yang diperkatakan.

Soo kemudian memohon maaf atas kesilapannya itu dan menulis semula masksud sebenarnya adalah untuk mengucapkan takziah kepada Sharifah Aini.

Perkara itu tidak diambil serius oleh Sharifah Amani kerana dia memahami ia bukan sesuatu yang disengajakan.

Kesilapan Soo itu mendapat respons daripada pengikut Twitter miliknya apabila lebih 400 ulang Twit (retweet) dilakukan.

Soo mempunyai kira-kira 357,000 orang pengikut laman sosial berkenaan.

Sharifah Aini meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.

Tags / Kata Kunci: Carmen Soo , Sharifah Aini , Sharifah Amani

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan