Awal Ashaari Sukar Bersama Dua Pengacara Baharu 'Melodi'

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 3:02 AM

Gandingan baharu program Melodi iaitu Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Pengacara Awal Ashaari mengakui agak sukar apabila bergandingan dengan dua pengacara baharu yang mengantikan Zizan Razak iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz dalam rancangan Melodi terbitan TV3.

Awal berkata, pada peringkat permulaan ini ada banyak berlaku situasi yang agak janggal antara ketiga-tiga mereka ketika bercakap tentang sesuatu topik.

"Saya akui agak sukar untuk saya serasikan diri dengan kedua-dua mereka, kadang-kadang apa yang saya cakap mereka tidak sambut begitu juga sebaliknya hingga timbul masa-masa yang saya rasa agak janggal.

"Lagi pula gandingan mereka berdua iaitu Sherry dan Zulin memang sudah kuat membuatkan saya sentiasa fikir dimana untuk mencelah," ujarnya kepada mStar Online, pada sidang media memperkenalkan pengacara baharu rancangan itu di Sri Pentas, di sini pada Ahad. 

Melodi keudara secara langsung di TV3 pada setiap Ahad selama sejam bermula pukul 12.30 tengah hari.

Bagaimanapun, Awal berkata, dia perlu sedikit masa untuk mencari keserasian tersebut dan mengkaji tentang cara pengacaraan kedua-dua mereka. 

Tambahnya, dia yakin gandingan tersebut merupakan percubaan yang baik dilakukan oleh pihak produksi rancangan itu.

"Ketika dengan Zizan dulu pun saya ambil masa selama setahun untuk betul-betul serasi, pada awal-awal kami digandingangkan dulu juga ada masalah yang mana apabila dia buat lawak saya tidak rasa kelakar.

"Saya lihat Sherry dan Zulin ada kekuatan mereka sendiri yang mana Sherry lebih kepada suka melayan dan Zulin suka bercakap pedas," katanya.

Sementara itu, Sherry dan Zulin berkata, pemilihan mereka dalam rancangan hiburan popular ini diibaratkan seperti mimpi menjadi kenyataan.

Kata mereka, mengendalikan rancangan ini merupakan impian setiap pengacara terutama pendatang baharu seperti mereka.

"Kami rasa ia seperti angan-angan Mat Jenin yang menjadi kenyataan. Dulu sewaktu kecil kami hanya main-main jadi pengacara Melodi sahaja dan tidak sangka ia benar-benar terjadi.

"Selain itu, sudah tentu kami rasa gementar untuk memikul tanggung jawab yang berat ini kerana pengacara sebelum ini kesemuannya hebat-hebat belaka," ujar Sherry.

Manakala bagi penerbit, Michelle Wee Abdullah, penukaran perantara merupakan salah satu strategi memastikan rancangan tersebut terus segar dan baharu.

Katanya, pemilihan Sherry dan Zulin juga adalah melihat prestasi kedua-dua bintang baharu ini yang sudah membuktikan potensi mereka untuk layak mengendalikan program hiburan ini.

"Pertukaran hos merupakan perubahan yang perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya akan terus relevan. Kekuatan rancangan ini adalah terletak kepada pengisiannya dan populariti hos hanya membantu sahaja.

Penguguran Zizan Razak Bukan Kerana Kontroversi

Dalam pada itu, Michelle juga menepis dakwaan penguguran Zizan Razak adalah disebabkan kontroversi-kontroversi yang terjadi terhadap diri pelawak tersebut.

Katanya, tempoh selama empat tahun mengacarakan rancangan itu sudah agak panjang bagi seseorang pengacara mengendalikan program yang mencecah rating 1.7 juta itu.

"Zizan sudah tamat kontrak pada Jun lalu dan ia tidak ada kena mengena dengan kontroversi yang dilaluinya malah kami gembira dengan rezeki dia yang kini menyertai pengurusan Astro.

"Sepanjang empat tahun dia mengacarakan Melodi tidak ada sebarang masalah dan telah memberikan prestasi yang sangat cemerlang, cuma tempoh empat tahun itu sudah cukup untuk pihak kami beri peluang kepada muka baru.

"Sementara kita masih mengekalkan Awal berikutan dia baru dua tahun dengan Melodi dan kami masih memerlukan khidmat dia sebagai pengacara senior," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan