Almy Nadia Mengandung 4 Minggu

Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 3:01 AM

Almy Nadia dan Fizz Fairuz bertambah bahagia sejak mendapat tahu kehadiran bakal anak sulung mereka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia mengesahkan dia kini sedang hamil empat minggu iaitu anak pertamanya bersama aktor Fizz Fairuz.

Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh doktor ketika membuat pemeriksaan pada Ahad lalu. 

"Sebelum berjumpa dengan doktor memang saya selalu tidak sihat dan tak sangka pula rupa-rupanya saya mengandung.

"Alhamdulillah, kami tidak merancang apa-apa pun tetapi saya anggap ini mungkin rezeki saya dan Fizz. Anak (angkat) saya, Nur Afrina Darwisya pun tidak sabar nak adik. Doakan yang terbaik buat saya. Lagipun kandungan pun masih baru," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Almy dan Fizz bernikah pada 26 Mei lalu.

Sementara itu, Almy berkata, dia juga bersyukur walaupun kini sedang mengandung, dia masih lagi boleh berpuasa sehingga.

"Doktor kata, kalau tak larat jangan puasa, tetapi sehingga kini Alhamdulillah saya masih lagi boleh bertahan. Tidak tahulah macam mana pada hari-hari mendatang.

"Yelah, bukannya senang kerana inilah peluang saya untuk berpuasa penuh. Dan saya pun tak buat apa-apa sangat. Cuma berehat di rumah. Jadi ia sedikit sebanyak memudahkan saya fokus pada ibadah puasa," tuturnya.

Tags / Kata Kunci: Almy Nadia , Fizz Fairuz , mengandung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan