Tiada Syarat Untuk Ambil Diana Danielle Berlakon

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 6:10 AM

Diana Danielle.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Diana Danielle tidak meletakkan sebarang syarat tertentu kepada mana-mana syarikat produksi yang ingin mengambilnya berlakon dalam filem terbitan mereka. 

Diana, 24, berkata, biarpun lebih selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya namun itu tidak bererti dia meletakkan syarat tertentu bagi menyesuaikan dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

"Setakat ini saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat tertentu pada mana-mana produksi yang ingin saya membintangi filem terbitan mereka.

"Ini kerana sekiranya ia sesuatu peranan yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan status saya kini, saya akan tolak," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Diana berkata, dia dan suaminya, Farid Kamil tidak merancang untuk mengadakan parti hari jadi bagi menyambut ulang tahun pertama anak mereka iaitu Muhammad yang jatuh pada Rabu ini.

Kata Diana, selain menghormati bulan Ramadan dia tidak melihat sambutan itu suatu keperluan kerana Muhammad terlalu kecil untuk memahami majlis yang bakal diadakan untuknya.

"Saya dan Farid mungkin akan buat majlis kecil-kecilan bersama keluarga sahaja dan tidak akan mengadakan parti besar-besaran bagi meraikan Muhammad.

"Tunggulah dia besar sikit dan sudah boleh memahami perkara yang berlaku disekelilingnya, barulah seronok," katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana berkata, sepanjang bulan Ramadan ini dia akan lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersamanya keluarga dan akan menghadkan aktiviti seni.

Bagaimanapun kata Diana, dia bakal muncul dengan sebuah filem televisyen berjudul Perempuan Lindungan Kaabah di Astro Mustika HD pada 12 Julai ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan