Anugerah Neway 2014 Hargai Artis, Syarikat Rakaman

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 12:01 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pusat karaoke Neway bakal mengadakan majlis Anugerah Karaoke Neway 2014 yang bakal berlangsung di The Theatre Gardens Mid Valley Kuala Lumpur pada 5 September depan.

Menerusi satu kenyataan media kepada mStar Online, acara itu bakal mengangkat tema 'Muzik Untuk Semua' selari dengan konsep Neway untuk menjadi hub karaoke bagi semula golongan.

"Selepas mendapat maklum balas yang baik bagi Anugerah Lagu Melayu Paling Popular Neway 2013 pihak Neway telah mengorak selangkah kehadapan pada tahun ini dengan penganjuran Anugerah Karaoke Neway 2014," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut anugerah yang mengetengahkan lagu-lagu Melayu popular ini diharap dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air disamping memberi penghargaan kepada syarikat-syarikat rakaman yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu kepada Neway.

Sebagai permulaan, sebanyak lapan kategori bakal di dipertandingkan iaitu 10 Lagu Melayu Paling Popular, lima Lagu Serantau Terbaik Karaoke, Artis Baru Terbaik Karaoke, Duo/Berkumpulan Terbaik Karaoke ,Artis Lelaki Terbaik Karaoke, Artis Wanita Terbaik Karaoke, Muzik Video Terbaik Karaoke, dan Undian Paling Meriah.

Peratusan undian dibuat berdasarkan 60 peratus lagu yang dimainkan di premis-premis Neway dan 40 peratus lagi diambil dari undian di laman web anugerahk.newaykb.com.my dan portal Tonton Muzik.

"Biarpun dengan majlis anugerah yang sederhana, pihak pengurusan Neway Karaoke Box Malaysia berharap penganugerahan ini dapat membantu memeriahkan lagi industri muzik tanah air," kata kenyataan itu lagi.

Tags / Kata Kunci: Anugerah Neway 2014 , Neway Karaoke.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan