The Alif Sanggup Berhenti Kerja Jika Popular

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 12:25 AM

The Alif mahu membina empayar mereka sendiri dalam industri muzik tempatan. Foto CHAN TAK KONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan baharu, The Alif mengakui sanggup meninggalkan kerjaya tetap demi memberi fokus kepada bidang nyanyian sekiranya nama mereka menjadi perhatian umum.

Vokalisnya, Alif atau nama sebenarnya Aliff Hassan, yang bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat swasta berkata, dia bersama anggota lain bersedia berbuat demikian kerana minat yang terlalu mendalam di bidang muzik.

"Jika dah popular dan semakin banyak undangan persembahan, kami sanggup mengambil risiko untuk meninggalkan kerja tetap kami kerana kami yakin produk muzik yang dibawakan kumpulan kami mampu pergi jauh.

"Cuma kami nampak perjalanan itu masih jauh lagi kerana bukan mudah untuk menjadi kumpulan muzik yang berjaya dan banyak lagi perkara yang harus diterokai.

"Kalau boleh kami ingin membina empayar sendiri dalam industri muzik tempatan seperti kumpulan Hujan dan Bunkface," katanya.

Alif ditemui pada majlis pelancaran single lagu baru The Alif berjudul Satu Nyawa di pusat karaoke Neway One Utama, di sini pada Jumaat.

Kumpulan The Alif.

Selain Alif, kumpulan tersebut dianggotai oleh gitarisnya, Meor Ahmad Sufian Meor Mohamed Al Bakri, yang juga bekerja sebagai pengurus majlis, pemain bas, Khubaib Bakaruddin, (pereka hiasan dalaman) dan pemain dram, Mohd Shahrizal Zainal Abidin, (pentadbiran).

Sementara itu, mengenai lagu Satu Nyawa, ia mengenai sebuah kisah cinta yang boleh dituju kepada kekasih, mahupun keluarga dengan mengetengahkan muzik Brit Pop dan New Wave.

"Bagaimanapun unsur Melayu masih kami terapkan dan ia sekali gus memberi muzik kami sedikit kelainan berbanding muzik-muzik yang sedia ada.

"Kami percaya irama Melayu mampu diketengahkan sehingga ke pentas antarabangsa jika kena gayanya," ujarnya.

Terdahulu, kumpulan yang menjadikan band-band antarabangsa seperti Beatles, Oasis, Pheonix, Coldplay dan Maroon 5 sebagai sumber inspirasi itu pernah muncul dengan lagu-lagu seperti Sesuatu, Janganlah, Kutu Rayau dan Empayar Caliphso.

Tags / Kata Kunci: The Alif

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan