Adira Bimbang Kisah Cinta Jadi Sebab Peminat Meluat

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 3:00 AM

Adira

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Adira tidak mahu terus menceriktakan hubungan cintanya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 27, kerana bimbang masyarakat akan meluat.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, jika cerita itu terus disogokkan, peminat juga akan terus menyimpan perasaan bosan kepada seseorang artis.

"Saya rasa saya ni bukanlah terlalu berahsia. Saya pun manusia biasa. Tapi kalau saya asyik saja mendedahkan tentang hal peribadi saya, nanti lama-kelamaan tentu orang naik meluat.

"Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami bertambah baik. Kalau mereka ingin tahu selanjutnya boleh tengok gambar-gambar di Instagram saya", katanya kepada mStar Online.



Adira ditemui pada majlis pelancaran dan showcase album sulung berjudul Dewi Cinta yang diadakan di Restoran Saloma Bistro, di sini, Khamis.

Dalam persembahan tersebut Adira menyampaikan sebanyak 10 buah lagu yang terdapat dalam album Dewi Cinta.

Bercerita tentang album tersebut, Adira  berkata, dia mengambil masa selama dua tahun untuk mengumpul bahan yang terbaik untuk album itu.

"Proses pembikinan album ambil masa memang agak panjang iaitu dua tahun, ia adalah berikutan proses memilih bahan-bahan terbaik sahaja.

"Dalam album ini terdapat lima buah lagu lama iaitu Ombak Rindu, Ilusi, Kuada Kamu, Juwita, dan Ombak Rindu dan lima lagu baru iaitu Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ruhi Cinta dan Sekadar Mimpi," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang tajuk album tersebut iaitu Dewi Cinta, Adira berkata tajuk lagu tersebut adalah melambangkan dirinya sendiri.

Tambahnya, kebanyakkan lagu dalam album tersebut adalah berkaitan dengan kehidupan peribadinya.
Tags / Kata Kunci: Adira

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan