Diana Luah Rasa Cemburu, Farid Kami Harap Tiada Pihak Terasa Hati

Diterbitkan: Khamis, 26 Jun 2014 3:03 AM

Farid Kamil dan Diana Danielle

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Farid Kamil berharap tiada pihak yang terasa hati apabila isterinya, Diana Danielle meluahkan rasa terkilan kepada seorang artis yang dikatakan sengaja memegang tangannya ketika melakukan fotografi memprosmosikan sebuah filem.

Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun dia tidak menolak perasaan cemburu isterinya yang menjadi punca kepada kejadian itu.

"Saya maafkan dia dan berharap semua pihak yang terasa hati dengan tindakannya itu dapat memaafkan Diana.

"Tidak dinafikan perasaan cemburu menyebabkan Diana membuat keputusan itu tetapi ia tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada mStar Online.

Gambar inilah yang menjadi kontroversi apabila Nora Danish memegang tangan Farid dalam satu sesi fotografi yang dikatakan menjadi punca kemarahan Diana Danielle.

Farid ditemui pada majlis pelancaran Kad Amal dan Kad Ucapan Hari Raya Filem Lagenda Budak Setan 3 di Redbox Sogo di sini, Rabu.

Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.

Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.

Tindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Dalam pada itu, Farid berkata, dia mengakui terkejut dengan tindakan isterinya itu namun menganggap ia adalah perkara kecil yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

mStar Default Image
Farid (kanan) bersama barisan pelakon dan juga mereka yang terlibat dalam filem Lagenda Budak Setan 3.

Jelas Farid lagi, dia melihat kejadian tersebut sebagai satu pengajaran pada masa hadapan.

"Saya tidak salahkan dia kerana biasalah, wanita berhak mempunyai sedikit perasaan cemburu terhadap suami mereka.

"Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut dan kita juga masih baharu dalam perkahwinan jadi ia satu proses pembelajaran buat kami berdua," jelasnya.

Sementara itu, Farid berkata, kejadian tersebut tidak memberikan kesan kepada kerjaya seninya tambahan pula pihak MIG telah pun menjelaskan perkara itu.

Namun Farid tidak menolak tanggapan kejadian itu sedikit sebanyak memberi promosi percuma kepada filem Pengantin Malam yang sedang ditayangkan di pawagam.
Tags / Kata Kunci: Farid Kamlil , Diana Danielle

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan