Almy Nadia Kesal Rakan Artis Pertikai Majlis Kahwin

Diterbitkan: Rabu, 25 Jun 2014 3:03 AM

Almy Nadia dan suaminya Fizz Fairuz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Almy Nadia kesal apabila terdapat segelintir rakan artis dan pihak-pihak tertentu mempertikai tindakannya tidak mengadakan majlis resepsi perkahwinan dengan Fizz Fairuz di Kuala Lumpur.

Almy berkata, dia berkecil hati apabila ada cakap-cakap belakang mengenai keputusannya itu kerana sudah menjadi hasratnya untuk mengadakan majlis berkenaan di kampung halamannya sahaja.

"Memang dari awal saya tidak bercadang untuk buat majlis di Kuala Lumpur dan tidak sangka pula ada yang mempersoalkan perkara itu.

"Saya jemput semua orang yang saya kenal tetapi ada di antara mereka tidak hadir kerana alasan jauh dan sebagainya," katanya kepada mStar Online.

Almy ditemui pada majlis Cherita Di Hari Raya Habib Jewels yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini pada Rabu. Suami Almy iaitu aktor Fizz Fairuz turut hadir pada acara berkenaan.



Pasangan itu bernikah  pada 26 Mei lalu dan mengadakan dua resepsi perkahwinan iaitu di Pulau Pinang untuk majlis sebelah perempuan pada 31 Mei manakala pihak lelaki pula diadakan di Raub, Pahang pada 7 Jun lalu.

Dalam pada itu, Almy berkata, sejak mendirikan rumah tangga dengan Fizz, dia kini mengurangkan aktiviti lakonan buat sementara waktu bagi memberi perhatian kepada rumah tangganya.

Jelas Almy, dia dan Fizz semakin bahagia melayari alam perkahwinan selepas hampir 10 tahun bercinta.

"Mungkin banyak yang kami lalui sebelum ini namun itu semua suatu pembelajaran buat kami dan kini Alhamdulillah dapat merasai nikmat berumah tangga," katanya.

Sementara itu, Almy berkata, pada bulan Ramadan ini dia terlibat dalam bidang perniagaan dan akan menjual biskut raya di Menara Mara bermula pada hari pertama puasa.

Kata Almy, dia akan menjual beberapa jenis biskut raya termasuk Cornflakes Madu yang dibuatnya sendiri khas untuk para peminatnya.

"Alhamdulillah saya dapat tapak untuk berniaga tetapi secara kecil-kecilan sahaja buat masa ini.

"Sekarang ini saya sibuk menyiapkan biskut berkenaan untuk dijual nanti dan berharap ia akan mendapat sambutan daripada pelanggan," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Almy Nadia , Fizz Fairuz

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan