Jimmy Shanley Luah Rasa Kesal Gagal Raikan 'Birthday' Anak

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 2:11 PM

Antara koleksi gambar Jimmy bersama anaknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Hasrat Penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley, 34, untuk bermesra dengan anaknya,  Zahrah Rania Shanley yang menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada Selasa (hari ini) gagal.

Perkara itu didedahkan oleh Jimmy menerusi status terbaharu Instagram miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 12.30 tengah hari Selasa.

“Happy 3rd birthday… Dulu alasan tak bagi sebab duduk seorang, kini sudah berumah tangga pun tak dapat, kononnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak diambil tak bagi, tak diambil dicaci di media, lu pikirlah sendiri,” demikian kesimpulan luahan Jimmy.

Status terbaharu Jimmy yang dipetik daripada Instagram miliknya.

Berdasarkan kepada status itu memperlihatkan seolah-olah hubungannya dengan keluarga bekas mertua masih tidak dapat diselesaikan.

Terdahulu, bekas ibu mertua Jimmy iaitu Datin Muniroh Kasim dalam sebuah akhbar mendedahkan Jimmy digambarkan seolah-olah tidak menyayangi anaknya apabila tidak memeluk kanak-kanak berkenaan ketika dipertemukan di sebuah pusat beli belah.

Malah wanita itu turut mendakwa Jimmy juga tidak bersungguh-sungguh untuk menjaga Zahrah Rania sebaliknya hanya mahukan publisiti.

Dalam pada itu status yang dimuat naik Jimmy mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut Instagram miliknya yang menyuruh dia bersabar.

Jimmy selamat bernikah dengan Mariam Jamilah pada 7 Jun lalu.

Malah ada yang berkata, jika anaknya besar nanti, Zahrah Rania akan mencari bapanya juga termasuklah sebagai wali nikah.

Pada 7 Jun lalu, Jimmy selamat bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, dekat sini.

Jimmy memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM15,000.

Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan yang diberi hak penjagaannya oleh mahkamah kepada  Nursuhaila Eliani.
Tags / Kata Kunci: Jimmy Shanley

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan