Azadan Berhasrat Tinggalkan Rabbani

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 12:05 AM

Azadan (kanan) bersama anggota kumpulan Rabbani.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua kumpulan nasyid Rabbani iaitu Ustaz Azadan mengesahkan desas-desus mengatakan dia bakal meninggalkan kumpulan tersebut adalah benar.

Azadan atau nama sebenarnya Azadan Abdul Aziz, 40, berkata, dia membuat keputusan tersebut sejak Disember tahun lalu dan ia telah dimaklumkan kepada semua ahli kumpulan tersebut.

"Desas-desus tersebut memang benar tetapi saya berdiam diri mengenai perkara itu kerana menghormati rakan-rakan lain dalam Rabbani.

"Malah saya sebenarnya sudah berniat untuk mengundurkan diri daripada Rabbani sejak tahun 2007 namun akhir tahun lalu baharu saya maklumkan kepada semua rakan-rakan lain," katanya kepada mStar Online.

Azadan ditemui pada majlis pelancaran Iftar Ramadan di Dewan Orkid Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Azadan menegaskan dia ingin meninggalkan Rabbani bukan kerana mengalami krisis dengan ahli lain kumpulan itu.

Sebaliknya kata Azadan, komitmen terhadap beberapa perniagaan yang diusahakan bersama keluarga sejak beberapa tahun lalu menjadi faktor utama dia mengambil keputusan itu.

"Masalah dalam sesebuah kumpulan itu memang wujud dan tidak dinafikan turut berlaku dalam Rabbani namun hubungan hampir 20 tahun yang terjalin di antara kami membuktikan perselisihan faham bukanlah punca saya ingin mengundurkan diri.

"Kesibukan dengan beberapa perniagaan yang diuruskan membuatkan saya mengambil keputusan itu kerana bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik di antara Rabbani dan perniagaan," jelasnya.

Rabbani

Bagaimanapun kata Azadan,keputusan mengundurkan diri daripada Rabbani ditangguhkan buat sementara waktu kerana ingin menjaga hati rakan-rakan seperjuangan yang lain.

"Secara teknikalnya saya masih bersama Rabbani dan akan cuba bertahan selagi saya mampu biarpun yakin kumpulan itu mampu bergerak tanpa kehadiran saya.

"Apabila memikirkan kami sudah bersama sejak 1997 saya berat untuk membuat keputusan itu dan harus berkorban namun tidak pasti sampai bila," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azadan berkata, kerjasama Rabbani dan PKPS pada majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini berlaku secara tidak sengaja namun berbesar hati dipelawa untuk mengadakan persembahan di situ.

Jelas Azadan, selain mengadakan persembahan pelbagai aktiviti keagaman turut disediakan termasuk solat berjemaah Maghrib, Isya dan Tarawikh.

"Sebelum ini selama 21 tahun kami bersama Hotel Singgahsana untuk mengadakan persembahan setiap kali tiba Ramadan dan tahun ini rezeki kami bersama PKPS.

"Selain persembahan dan aktiviti keagamaan yang bakal dianjurkan, lebih 90 hidangan enak disediakan untuk tetamu sebagai santapan berbuka puasa," katanya.

Tambah Azadan lagi, selain Rabbani, beberap kumpulan nasyid lain turut dijemput bagi memeriahkan acara tersebut dari 1 hingga 28 Ramadan.

Bayaran rendah turut dikenakan kepada pengunjung iaitu RM58 untuk dewasa, RM45 (warga emas berumur 55 tahun ke atas) dan RM39 (kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun).

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan boleh menghubungi Faradina di talian 012-310 9840 atau Nor Azihan di 019-224 3105.
Tags / Kata Kunci: Rabbani , Azadan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan