TV3 & TV9 Sajikan 100 Program Ramadan, Syawal

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 12:01 AM

Personaliti TV3 dan TV9 bersama-sama barisan selebriti bergambar selepas majlis pelancaran Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal di Hotel One World, Petaling Jaya pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bersempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal, Media Prima Berhad menerusi dua stesen miliknya iaitu TV3 dan TV9 bakal menampilkan sebanyak 100 program istimewa khas buat penonton saluran berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, pihaknya telah menyusun pelbagai program menarik dan berkualiti khusus buat penonton setia kedua-dua saluran tersebut yang bakal menjadi pilihan utama penonton pada musim perayaan.

"Tahun lalu sahaja pada jangka masa sama TV3 dan TV9 mendapat 76 peratus penonton Melayu iaitu bersamaan lebih 10 juta penonton sepanjang minggu pertrama bulan Ramadan dan Syawal.

"Ini menaikkan semangat kami untuk menghidangkan lebih banyak program menarik dan berkualiti pada tahun ini," katanya.

Seelan ditemui pada majlis pelancaran Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal di Hotel One World di sini, Rabu.

Meriah...Barisan artis turut mengambil kesempatan menghadiri bagi memeriahkan acara tersebut.

Dalam pada itu, Seelan berkata, rancangan berbentuk keislaman akan mengisi slot rancangan di TV3 dan TV9 termasuk Jejak Rasul yang menjadi program wajib, Halaqah, Tanyalah Ustaz dan Tanyalah Ustazah menerusi TV9.

Kata Seelan lagi, drama-drama menarik serta program dokumentari turut disediakan buat penonton dan ia bersesuaian untuk semua golongan.

Sementara itu, TV3 dan TV9 turut memperkenalkan barisan duta bersempena kempen Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal  bagi merancakkan lagi sambutan perayaan tersebut. 

Bagi TV9, Luqman Hakim, Zuhairah Mustafa Al Hussien dan Ustaz Safwan telah dilantik sebagai duta Seindah Ramadan manakala finalis Idola Kecil Ultra iaitu Daniel, Azzam, Harris, Eeqah, Balqis dan Afiq memainkan peranan sebagai duta Anugerah Syawal.

Manis...Uqasha yang kini sudah berhijab turut hadir ke pelancaran Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal.

Manakala TV3 pula membariskan Fiza Sabjahan dan Muhammad Tajdid Hadhari sebagai duta Seindah Ramadan stesen itu dan duta Anugerah Syawal pula melibatkan selebriti popular seperti Siti Saleha, Anzalna Nasir, Fara Fauzana, Izzue Islam, Zul Ariffin dan Azlee Khairi.

Antara program menarik bakal menemui penonton di TV3 sepanjang Ramadan dan Syawal nanti adalah seperti Ramadan Jangan Pergi, Raya Ni Mesti Kahwin, Geng Kampung Pisang 2, Jangan Ambil Lembu Kami, Baju Raya Yaya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Love You Mr Arrogant Raya, Kampung Girl Raya dan Spain Uoolss.

Tidak ketinggalan pelbagai program menarik di TV3 seperti Fail Riz, Pontianak Teng Teng, Kimchi Raya, Superstra, Bila Bujang Masuk Dapur dan Aroma Kota Suci.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan