Informasi Piala Dunia Dalam Kecoh Bola Suria FM - Berita Hiburan | mStar

Informasi Piala Dunia Dalam Kecoh Bola Suria FM

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM bekerjasama dengan portal talk sport UK bagi menyalurkan maklumat terkini berhubung perkembangan  bola sepak Piala Dunia.

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, bertemakan Piala Dunia di Brazil, kempen Kecoh Bola di Suria FM ini membawakan kapsul yang berisi informasi berita terkini serta pelbagai maklumat mengenai acara itu.

“Ia berdurasi selama 60 saat dan diputarkan setiap satu jam bermula 1 Jun lalu dan akan berakhir  pada 13 Julai depan,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Adiwati, antara kapsul-kapsul yang diputarkan di Suria FM dan Suria FM Sabah adalah Destinasi Brazil di mana ia memberikan info tentang pemain-pemain yang bakal beraksi, stadium yang akan digunakan serta perlawanan-perlawanan bola yang akan berlangsung.

Selain itu terdapat kapsul Spotlight Brazil di mana ia lebih tertumpu kepada temubual pemain bersama dengan Talk Sport UK, analisis sebelum dan selepas perlawanan serta pandangan dari pemain bola sendiri.

“Ada juga Kapsul Sejarah Piala Dunia di mana ia menceritakan mengenai sejarah Piala Dunia serta sejarah negara-negara penganjur terdahulu.

“Kapsul yang terakhir adalah laporan harian Piala Dunia dimana pendengar boleh mendapatkan maklumat tentang keputusan perlawanan, berita terkini mengenai pemain-pemain, laporan menyeluruh sesuatu perlawanan serta ramalan keputusan,” katanya.

 

 

 

 

 

Tags / Kata Kunci: Suria FM
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan