Kamal Adli Rancang Buka Restoran Di KLIA 2

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 12:55 PM

Kamal Adli

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli sedang merancang untuk membuka sebuah restoran yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 2, Sepang tidak lama lagi.

Kamal, 27, berkata, dia melihat lokasi tersebut mempunyai potensi besar untuk menarik pelanggan tempatan serta luar negara.

"Saya tak berani nak cakap panjang tentang perkara ini tetapi saya ada merancang untuk membuka sebuah restoran di KLIA 2.

"Kenapa di sana? Ini adalah kerana saya melihat lokasi tersebut berpotensi buat para peniaga yang mahu berniaga di situ di mana mereka bukan sahaja dapat menarik pelanggan tempatan tetapi juga luar negara," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Kamal, hasratnya untuk membuka gelanggang futsal di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) terpaksa dibatalkan memandangkan dia melihat sudah ada banyak pusat-pusat rekreasi sukan percuma di lokasi terbabit.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu pula, Kamal bakal muncul dengan beberapa buah filem termasuklah filem Misi Tawan Baby, Cerita Hantu Malaysia dan CCTV.

Kata pelakon filem Abang Long Fadil itu, memandangkan wajahnya tidak banyak muncul di televisyen mahupun layar perak, dia berharap filem-filem lakonannya yang ditayangkan tahun ini akan membuatkan namanya menjadi sebutan semula.

"Seperti semua sedia maklum dari dahulu sampailah sekarang saya sentiasa berada di tengah-tengah dalam industri seni kita. Tidak jatuh tetapi tidak popular.

"Tetapi Alhamdulillah, rezeki tidak pernah putus dan tahun lalu ada tahun saya sibuk di lokasi penggambaran dan wajah saya pun jarang muncul di mana-mana. Di harap tahun ini para peminat dapat melepaskan rindu mereka menerusi lakonan filem-filem terbaharu saya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kamal Adli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan