Adi Putra Enggan Komen Siasatan Skandal Isteri Orang Dibuka Semula

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 2:16 PM

Adi enggan mengulas mengenai perkembangan terbaharu kes skandal melibatkannya dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra enggan memberikan sebarang komen berhubung kes skandalnya dengan dengan wanita berstatus isteri orang pada September tahun lalu yang mungkin dibuka semula selepas pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut dikenakan tindakan tatatertib.

"Tiada komen. Terima kasih," ujarnya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Rabu.

Pegawai siasatan berkenaan dikenakan tindakan tersebut selepas satu siasatan dijalankan susulan aduan daripada bekas suami wanita itu, Amiruddin Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan kes itu pada Disember tahun lalu yang diklasifikasikan sebagai tiada tindakan (NFA).



Adi dalam satu sidang media mengumumkan sendiri perkara berkenaan kepada pihak wartawan dan menganggap kontroversi itu selesai.

Dalam pada itu, Amiruddin memuat naik salinan dalam Instagram miliknya surat yang diterima daripada Bahagian Tatatertib Bukit Aman bagi memaklumkan tindakan terhadap seorang pegawai polis telah dilakukan.

Pada September tahun lalu, Adi didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Amiruddin bersama isterinya dalam satu sidang media ketika membongkar skandal berkenaan.

Pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Adi dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai tahun lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Bagaimanapun Amiruddin dan isterinya telah bercerai selepas insiden itu. Mereka mempunyai seorang anak.
Tags / Kata Kunci: Adi Putra , Amiruddin Osman , Skandal.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan