Tidak Perlu Kontroversi Untuk Popular - Zara Zya

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 12:06 AM

Zara yakin kerjaya lakonannya tidak akan berkekalan untuk jangka masa panjang jika sering dikaitkan dengan kontroversi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya tidak memerlukan kontroversi hanya semata-mata untuk mengecap populariti kerana yakin kerjaya lakonannya tidak akan berkekalan untuk jangka masa panjang jika berbuat sedemikian. 

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, sebaliknya memberitahu dia mahu dikenali kerana bakat lakonannya dan usaha selama lapan tahun untuk membina nama sebagai pelakon mula menampakkan hasil selepas kejayaan beberapa buah drama lakonannya termasuk I Love You Mr Arrogant yang melonjakkan namanya.

"Kontroversi bukan jalan mudah untuk berjaya dan popular kerana ia tidak akan kekal lama, sebaliknya usaha berterusan dan bakat seseorang artis itu yang akan dinilai oleh peminat, bukannya gosip.

"Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mula dikenali dan banyak pengorbanan dilakukan sebelum hasil kerja dan bakat mula mendapat perhatian," katanya kepada mStar Online.

Nama pemenang trofi Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) itu baru-baru ini terpalit dengan kontroversi kononnya dia gemar menjaja cerita buruk mengenai aktor Azlee Khairi kepada orang di sekelilingnya.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia yakin peminat sudah bijak menilai tentang sesuatu kesahihan cerita yang tersebar mengenai dirinya, tambahan pula medium media sosial seperti Twitter dan Instagram memudahkan mereka untuk mendapat maklumat.

“Peminat bijak menilai dan memberikan komen mereka, terutama dengan teknologi media sosial hari ini membuatkan mereka peka terhadap semua perkara yang mereka baca.

"Paling penting seseorang artis itu kena bijak menjaga diri dan imej tetapi bukan bererti kita perlu berpura-pura sebaliknya menjadi diri sendiri," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zara berkata, dia bersyukur rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah dan ia membuatkannya lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya buat masa ini.

Tags / Kata Kunci: Zara Zya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan