Erin Malek Sahkan Bakal Bertunang 21 Jun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 12:05 AM

Erin dan Farriz bakal mengikat tali pertunangan pada 21 Jun ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara program Fear Factor Malaysia musim kedua dan pelakon, Erin Malek mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya iaitu Farriz Fauzy pada 21 Jun ini.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, majlis itu diadakan bagi menghormati permintaan ibu bapanya yang mahu bertunang sebelum berkahwin memandangkan dia adalah anak pertama dalam keluarga.

"Benar saya akan bertunang pada 21 Jun ini tetapi ia hanya akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat, teman dan wakil media sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis. 

Sebelum ini, pelakon drama Misiku Kuza itu mengakui mengenali teman lelakinya menerusi laman Instagram pada awal tahun ini dan memberitahu sudah bersedia untuk berkahwin biarpun usianya masih muda. 

Dalam pada itu, Erin berkata, pada majlis itu nanti dia akan memberitahu semua butiran tentang perkahwinannya termasuk tarikh nikah dengan lelaki tersebut kepada pihak media.

"Masa majlis itu nanti tanyalah apa sahaja mengenai perancangan perkahwinan saya akan beritahu semua," ujarnya.

Sementara itu, Erin berkata, persiapan untuk majlis pertunangan tersebut sedang dijalankan dan memberitahu ibunya adalah orang paling teruja apabila dia memberitahu ingin bertunang.

Jelas Erin lagi, ibunya juga orang yang paling sibuk membuat persiapan memandangkan dia adalah anak sulung dalam keluarga mereka.

"Biasalah ibu paling sibuk dan gembira sekali dan mahu majlis itu berlangsung dengan penuh adat tetapi secara sederhana sahaja," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Erin berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama sebelum mengambil cuti untuk majlis tersebut.
Tags / Kata Kunci: Erin Malek , Fear Factor Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan