Persembahan Bertenaga Taylor Swift Gegar Bukit Jalil

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 12:06 PM

Taylor memberikan persembahan bertenaga semasa mengadakan persembahan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Rabu. Foto IZZRAFIQ ALIAS.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sorakan lebih 10,000 peminat penyanyi terkenal Taylor Swift saat dia muncul di pentas bersempena dengan konsert jelajah Red Tour menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Rabu.

Julung kali mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, Taylor yang pernah memenangi tujuh Anugerah Grammy tampil mantap menerusi lagu pertama berjudul State of Grace sambil diiringi enam pemuzik.

Selesai menyanyikan lagu pertama, Taylor meneruskan persembahan dengan dua buah lagi lagu iaitu Holy Ground dan Red sebelum mengambil kesempatan menyapa para peminatnya yang hadir pada malam itu.

Taylor menggayakan gaun bewarna merah ketika mendendangkan lagu The Lucky One.
Taylor juga cuba bertutur dalam bahasa Malaysia iaitu 'Terima Kasih' dan 'Selamat Malam' kepada semua penonton dan mendapat sorakan hebat daripada peminat yang teruja dengan usaha penyanyi itu.

Swift sempat memberitahu penonton yang hadir dia seronok berpeluang bertemu dengan peminatnya di Kuala Lumpur dan teruja dengan sambutan yang diberikan dan berharap semua yang hadir akan terhibur dengan persembahannya.

Malah Taylor juga banyak berkongsi tentang pengalamnya sepanjang bergelar artis dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada peminatnya yang rata-rata golongan remaja untuk terus mengejar cita-cita.

 
Lebih 10,000 peminat membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Rabu.
Sebelum menyanyikan lagu seterusnya, sebuah video dipaparkan di skrin utama tentang perjalanan karier Taylor sebelum dia muncul untuk menyanyikan lagu 22. 

Penyanyi dan penulis lagu itu turut tampil dengan alat muzik banjo untuk meneruskan persembahan dengan lagu Mean yang turut dinyanyikan oleh para peminatnya.

Peminat semakin teruja apabila Taylor tampil dengan gaun merah untuk menyanyikan lagu The Lucky One yang turut disertai oleh barisan penarinya di atas pentas.

Menariknya, Taylor tidak gentar untuk turun dari pentas ketika mendendangkan lagu 22 sebelum untuk ke pentas kedua bagi mendekati peminatnya yang berada jauh dari pentas utama.

Aksi Taylor ketika berada di pentas.
Tampil dengan t-shirt 'I Love KL' dan dipadankan dengan seluar pendek, Taylor meneruskan persembahan dengan lagu hit You Belong With Me, Enchanted dan Sparks Fly sebelum kembali ke pentas utama.

Konsert semakin meriah apabila penonton mula menjerit sebaik alunan muzik lagu kegemaran ramai, I Knew You Were Trouble dimainkan dan penyanyi itu kembali semula ke pentas utama dengan tarian rancak bersama barisan penari.

Persembahan pada malam itu tidak lengkap tanpa lagu Love Story dan konsert menutup tirai dengan lagu yang dinanti-nantikan penonton iaitu We Are Never Getting Back Together dengan persembahan berlatarkan suasana sarkas.

Taylor lincah ketika berada di atas pentas. 
Selain Malaysia, Swift turut mengadakan konsertnya di Manila, Filipina, Singapura dan Indonesia namun terpaksa membatalkan persembahan di Bangkok, Thailand ekorang krisis politik dihadapi negara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, AIA Berhad selaku penaja utama Red Tour di negara ini sempat menganjurkan The AIA Red Party di The Square Publika bagi meraikan peminat Taylor sebelum konsert berlangsung. 

Ratusan peminat berkumpul bagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan pakaian terbaik, berjalan di red carpet serta mengambil gambar di pelbagai ruangan bergambar yang menampilkan latarbelakang prop ‘funky’ serta keratan gambar Taylor Swift dengan saiz sebenar.

Salah seorang peminat iaitu Ashley Tay berjaya membawa pulang dua tiket untuk ke AIA Real Life Now Festival 2014 dan akan dapat menyaksikan persembahan Lady Gaga, PSY dan Big Bang di Seoul, Korea pada 15 dan 16 Ogos depan.

Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh AIA.
Tags / Kata Kunci: Taylor Swift , Red Tour.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan