Forum Hiburan Cetuskan Sengketa Azlee Khairi & Zara Zya

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 12:03 AM

Azlee berharap isu dia bersengketa dengan Zara tidak akan berbangkit lagi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Azlee Khairi menyifatkan gosip kononnya dia bersengketa dengan aktres Zara Zya masih menjadi buah mulut orang disebabkan hal berkenaan masih menjadi topik perbincangan di laman-laman sosial.

Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hanee, 25, berkata, dia tidak faham motif individu di satu laman forum memanaskan isu tersebut memandangkan dia dan Zara tidak pernah bergaduh sebelum ini.

"Walaupun saya pernah bercakap tentang perkara ini, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya dan Zara tidak pernah bergaduh, menarik muka atau tidak berpuas hati antara satu sama lain.

"Saya tidak faham mengapa isu ini masih lagi berbangkit. Saya lihat, ini semua bermula daripada sebuah forum yang tidak sudah-sudah mahu mencari kesilapan untuk melihat kami  bersengketa," katanya dalam satu mesej kepada mStar Online.

Azlee Khairi mula popular selepas membintangi drama bersiri Love You Mr Arrogant.   

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Zara masih lagi bermusuhan dengan Azlee yang digandingkan menerusi drama Love You Mr Arrogant,   walaupun kedua-dua sudah menafikan dakwaan tersebut.

Malah, laporan itu turut menyatakan sehingga kini Zara suka menjaja cerita buruk Azlee sehingga ada pihak menyatakan dia seorang wanita yang bermulut jahat dan celupar.

Sementara itu, Azlee memberitahu, khabar angin itu bagaimanapun tidak pernah menjejaskan persahabatannya dengan Zara kerana mereka masih lagi baik seperti sebelum ini.

Malah, Azlee juga tidak menolak sekiranya ada pihak penerbit yang mahu mereka digandingkan bersama lagi pada masa hadapan.

"Kami masih berkawan dan tiada sebarang masalah pun. Malah kami boleh bekerjasama lagi pada masa akan datang. Hanya orang di luar sana yang tidak ada kerja cuba mencipta sengketa antara kami," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azlee kini sedang menjalani penggambaran mengendalikan sebuah rancangan terbitan RTM iaitu Kuasa Pengguna yang akan disiarkan pada Ogos atau September depan.
Tags / Kata Kunci: Zara Zya , Azlee Khairi

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan