DJ Fuzz Tanggung Risiko Ambil Empat Artis Baharu

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 12:01 AM

DJ Fuzz

DJ Fuzz (tengah) bersama empat artis baharu di bawah naungan syarikatnya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Komposer DJ Fuzz mengakui berani mengambil risiko membawa empat penyanyi baharu iaitu Waris, Mark Adam, Juzzthin dan Karmal  sebagai artis naungannya di bawah label Mixology Music.

Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir Farit Emir berkata, dia yakin setiap empat artis naungannya itu mempunyai aura yang tersendiri dalam menarik perhatian peminat-peminat muzik tempatan.

"Seperti Waris dan Mark Adam, orang dah kenal menerusi lagu-lagu popular mereka.

"Manakala Juzzthin dan Karmal pula masih baru. Ketika mereka mengadakan persembahan di gig, saya nampak kedua-dua mereka berjaya menarik perhatian penonton tanpa perlu memiliki wajah yang kacak.

Darren (kiri) menyampaikan replika kepada DJ Fuzz sebagai penghargaan atas penghasilan album Mixology yang diedarkan oleh Warner Music.


"Cukup mempunyai aura dan persanoliti yang menarik," katanya.

Fuzz ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi artis-artis naungannya This Is Mixology Music di pejabat Warner Music Malaysia di sini pada Isnin.

Hadir sama Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy.

Menerusi album tersebut, sebanyak 16 buah lagu  dimuatkan seperti Rembau Most Wanted, Pencuri, Botingkek, Can't See Me dan Sunset Boulevard.

Sementara itu Fuzz berkata, dia  gembira dengan perkembangan muzik hip hop kembali menjadi trend di dalam industri muzik tempatan.

"Keadaan itu membuat penggiat muzik hiphop kini mula bergiat aktif menghasilkan pelbagai lagu baharu.

"Menarik lagi zaman ini muzik hip hop bukan menjadi satu genre semata-mata tetapi ia turut digabungkan dengan muzik genre lain seperti pop, balada dan rock dalam menghasilkan sesebuah lagu," ujarnya
Tags / Kata Kunci: DJ Fuzz

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan