Shahir (AF8) Tidak Gentar Dikaitkan Dengan Erra Fazira

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 12:03 AM

Shahir memberitahu kenyataannya dalam sebuah program hiburan telah dimanipulasi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) Shahir tidak gentar dengan sebarang kontroversi yang mungkin tercetus selepas dia mengaku beberapa kali keluar dengan aktres Erra Fazira pada bulan lalu.

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 25, berkata, pertemuan yang dilakukan itu semata-mata untuk membincangkan mengenai tawaran lakonan sebuah teater berjudul Tun Teja di mana Erra merupakan salah seorang penerbitnya.

"Jika saya ingin sorok tentang hubungan kami pasti saya akan pilih tempat tertutup sebaliknya kami bertemu di tempat terbuka dan ia disaksikan oleh ramai orang.

"Pernah ada beberapa kali kami keluar berdua sahaja dan yang lain turut ditemani oleh rakan-rakan pada bulan lalu. Ia semata-mata mengenai urusan kerja dan pertemuan itu dibuat ditempat terbuka dan bukannya secara rahsia.

"Ramai mata yang melihat kami jadi tiada apa yang perlu disorokkan. Saya tidak takut dengan kontroversi ini kerana saya sudah menjangkakan ia akan diperbesarkan apabila kami keluar bersama,"  katanya kepada mStar Online.

Shahir mengakui pernah keluar bersama Erra untuk membincangkan mengenai soal tawaran berlakon.

Bagaimanapun kata Shahir, selepas beberapa kali perbincangan dilakukan dia tidak dapat menerima tawaran berkenaan kerana perlu memberikan tumpuan terhadap karier nyanyian yang baharu sahaja bermula selepas hampir dua tahun menyepi.

Dalam pada itu, Shahir menyanggah kenyataannya yang disiarkan menerusi program H Live!  terbitan Astro yang didakwa sengaja dimanipulasikan sehingga menyebabkan timbulnya salah faham.

Shahir berkata, dia tidak pernah mengakui berkawan rapat atau mempunyai hubungan istimewa dengan Erra menerusi temubual tersebut sebaliknya sekadar membuat kenyataan mengenali wanita berkenaan sebagai rakan artis sahaja.

"Dalam temubual tersebut saya tidak pernah mengakui kami sedang berkawan rapat atau mempunyai hubungan intim cuma memberitahu kami kenal sebagai rakan artis sahaja dan sudah tentu saya terkejut kenyataan saya dimanipulasi sebegitu kerana ia memberi presepsi tidak baik kepada kami berdua..

Erra Fazira.

"Jika tidak percaya boleh rujuk semula video temubual dan saya rasa adalah perlu bagi saya memperbetulkan salah faham laporan berkenaan," jelasnya.

Menerusi temubual berkenaan Shahir dikatakan mengakui dia dan Erra sedang dalam proses mengenali antara satu sama lain selepas gosip mengatakan mereka berdua sering keluar bersama hebat diperkatakan.

Sementara itu, Shahir berkata, dia tidak menyangka akan digosipkan dengan Erra kerana menghormati wanita berkenaan yang lebih senior dalam bidang hiburan tambahan pula isu itu timbul selepas dia kembali aktif dalam bidang nyanyian.

"Terkejut juga terkena gosip berkenaan kerana sudah lama saya tidak aktif dan tiba-tiba kena kontroversi begini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Cerita Kita selain bakal merakamkan album keduanya.
Tags / Kata Kunci: Erra Fazira , Shahir.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan