Awal Ashari Lebih Cerewet Berbanding Isteri

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 12:02 AM

Awal mengakui bersikap cerewet dalam memilih dan membeli barangan keperluan bayi pertama mereka. Foto ROHAIZAT DARUS.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui cerewet dalam memilih dan membeli barangan kelengkapan untuk anak pertama berbanding isterinya, Scha Al-Yahya.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, berkata, dia bersikap demikian kerana ingin memberi yang terbaik buat anak sulung mereka selain teruja bakal bergelar bapa pada akhir Julai depan.

"Antara kami berdua saya paling cerewet dalam membeli barangan untuk anak kerana saya terlalu teruja bakal bergelar bapa sehingga kadang-kala Scha marah sebab menganggap ia membazir.

"Bagaimanapun apa yang saya lakukan adalah untuk anak kami dan mahu memberikan terbaik kepadanya apabila dia lahir kelak," katanya kepada mStar Online. 

Awal ditemui pada majlis pertunjukan fesyen oleh pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim iaitu Rizalman for Zalora di White Box Publika di sini, Selasa. Dalam pada itu, Awal berkata, setiap hari dia dan Scha akan meluangkan masa untuk membaca bahan bacaan tentang tip penjagaan anak sama ada menerusi internet atau pun buku.

Scha dijangka bersalin pada hari raya pertama.

Jelas Awal, menerusi pembacaan mampu membuatkan mereka lebih yakin dan bersedia untuk menguruskan anak itu nanti selain meminta pandangan daripada pihak berpengalaman.

"Selain membaca saya juga banyak meminta nasihat dan pandangan daripada keluarga atau rakan-rakan yang sudah mempunyai anak kerana dengan cara itu kita dapat memahami bagaimana ingin menguruskan sesuatu perkara tentang bayi," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Awal berkata, dia kini sedang sibuk menguruskan restoran pertamanya di The Curve, Damansara yang dijangka dibuka selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Jelas Awal, dia memilih untuk membuka restoran berkenaan kerana minat mendalam dalam bidang perniagaan selain sebagai persediaan untuk masa hadapan.

"Kini tanggungjawab semakin besar dan saya tidak boleh bergantung kepada karier sebagai selebriti sahaja dan perlu melakukan sesuatu sebagai jaminan masa depan.

"Alhamdulilah setakat ini perancangan untuk membuka restoran tersebut berjalan dengan baik dan berharap ia akan mendapat sambutan daripada orang ramai," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Scha Al-Yahya , Awal Ashaari.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan