Aidid Marcello Tidak Minta Bayaran Mahal

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 1:28 PM

Aidid tidak pernah meletakkan harga bayaran tinggi meskipun 15 tahun berpengalaman di bidang penyiaran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Aidid Marcello tidak pernah menetapkan harga tinggi dalam menerima sesebuah tawaran program lebih-lebih lagi sejak meninggalkan kerjayanya sebagai Penerbit Ekskutif di stesen televisyen TV3 awal Mac lalu.

Aidid berkata, walaupun sudah berpengalaman di bidang penyiaran selama 15 tahun, dia tetap meletakkan harga biasa sebanyak RM2,000 untuk satu episod program.

"Saya tahu, sejak keluar dari TV3, ramai yang menganggap nilai harga bayaran saya dah naik.

"Walaupun saya sudah lama dalam industri, tetapi saya tak pernah demand dengan harga bayaran yang tinggi kerana bidang penyiaran adalah jiwa saya.

"Tetapi tidaklah sampai terlalu rendah. Cuma saya menetapkan RM2,000 sahaja untuk setiap episod dan nilai harga itu akan berubah mengikut bajet sesebuah produksi," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, tambah Aidid, sejak meninggalkan TV3, dia cukup sibuk dengan pengurusan syarikat produksinya iaitu Mineques Productions Sdn Bhd.

Malah, dia tidak menyesal meninggalkan TV3 meskipun ada yang berpendapat namanya akan menjadi kurang popular selepas ini.

"TV3 telah banyak mengajar saya di bidang penyiaran dan saya mengambil keputusan untuk berhenti bagi memberi fokus tehadap syarikat adalah pilihan yang tepat.

"Tiada istilah nama saya tidak akan popular lagi kerana sejak dahulu saya tidak pernah mengejar populariti.

"Selain memenuhi tawaran mengacara dari produksi luar, kini saya banyak membabitkan diri dengan kerja-kerja di belakang tabir dalam produksi sendiri. Tak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya membuat benda-benda yang saya minat," ujarnya. 

Tags / Kata Kunci: Aidid Marcello

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan