Filem Kil Mendapat Tayangan Khas Di Amerika Latin

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 12:02 AM

tye

Filem KIL telah ditayangkan pada Fantasaspoa 2014 di Amerika Latin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Filem KIL telah menerima tayangan perdana di Amerika Latin melalui penyertaannya di Festival Filem Fantastic Antarabangsa Porto Alegre 2014 (Fantasaspoa 2014) yang berlangsung pada 15 dan 17 Mei lalu.

Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd  (GBSB),Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem kolaborasi syarikat itu dan Flux Visual Lab tersebut mewakili Malaysia dalam kategori Panorama.

"Segmen Panorama di festival tersebut mengetengahkan filem-filem unik yang mencetuskan pemikiran. Filem KIL bertanding bersama 10 buah filem hebat lain di seluruh dunia.

"Bagaimanapun Anugerah Filem Terbaik bagi pertandingan tersebut telah dimenangi oleh filem Harmony Lessons, sebuah kolaborasi produksi antara negara Kazakhstan, Jerman dan Perancis," ujarnya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.

Tambahnya, penyertaan filem KIL di festival filem ‘fantastic’ terbesar di Amerika Latin adalah sempena ulang tahun festival itu yang kesepuluh pada tahun ini.

Program tahun ini terdiri daripada lebih 150 filem yang ditayangkan sepanjang 17 hari.

"Grand Brilliance benar-benar teruja melihat filem KIL ditayangkan di lokasi-lokasi antarabangsa. Kami berasa bangga kerana filem kecil berhati besar ini mendapat penerimaan  yang cukup positif daripada penonton-penonton seluruh dunia.

"Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada kami untuk terus memenuhi objektif kami: menghasilkan cerita-cerita Asia untuk dunia,” katanya.

Dalam pada itu, pada bulan April lalu, filem KIL juga merupakan satu-satunya filem Malaysia yang menyertai barisan filem di Festival Filem Asia Tenggara 2014.

Filem tersebut telah ditayangkan pada 13 April lalu di Muzium Seni Singapura.

Festival filem tersebut telah mengadakan 20 tayangan filem-filem paling unik dari rantau Asia Tenggara dan telah berlangsung dari 11 April hingga 4 Mei 2014.

Filem arahan Nik Amir Mustapha mengetengahkan subjek bunuh diri dengan cara yang positif telah menyertai beberapa festival filem antarabangsa sebelum ini.

Antaranya termasuk Festival Filem Luang Prabang 2014, Festival Filem Antarabangsa Dhaka 2014 dan Festival Filem Asia Osaka 2014.

Tags / Kata Kunci: KIL , Fantasaspoa 2014

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan