Demi Aurat Suara, Waheeda Tidak Kesal Tinggalkan Dunia Seni

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 12:02 AM

Wahida sibuk mencipta lagu baharu untuk suaminya Akhil Hayy.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Waheeda tidak pernah berasa kesal apabila membuat keputusan meninggalkan dunia hiburan selepas berkahwin dengan pendakwah bebas iaitu Akhil Hayy lima tahun lalu.

Malah Waheeda, 36, berkata, dia tidak selesa kerana masih lagi dikenali oleh orang ramai biarpun dia kini sudah mengenakan purdah.

"Saya tidak pernah rasa menyesal dan itu adalah keputusan yang saya buat selepas saya sendiri mengetahui hukumnya haram perempuan menyanyi selain aurat suara yang perlu kita jaga.

"Cuma saya lebih kesal kerana hingga kini ada lagi orang dapat mengenali saya sebagai artis biarpun berpurdah. Ia membuatkan saya rasa tidak selesa terutamanya apabila peminat lelaki pula yang mengenali saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Waheeda berkata kehidupannya kini lebih tenang dan dia mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga dan suami.

Katanya, biarpun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga masih banyak perkara yang dia tidak ketahui tentang suaminya.

"Alhamdulillah, selepas menjadi suri rumah saya banyak masa dengan keluara. Dulu susah sangat nak berkumpul sekeluarga.

"Lima tahun melayari kehidupan suami-isteri, memang kami bahagia dan banyak yang saya belajar. Dalam pada kita rasa kenal suami kita, rupa-rupanya ada lagi   perkara yang menjadi kejutan menarik yang membuat kita tak tahu tentang dia," katanya.

Dalam pada itu, Waheeda berkata, dia kini aktif menjalankan aktiviti usrah dan mengaji bersama rakan-rakan.

Selain itu, dia juga  melakukan perniagaan dalam talian seperti menjual koleksi pakaian muslimah dan jubah serta produk kecantikan.

"Kami ada kumpulan usrah dan mengaji setiap minggu bersama rakan-rakan dan saya juga ada mengusahakan perniagaan secara dalam talian, menjual jubah dan produk kecantikan," katanya yang merancang untuk membuka sebuah butik tidak lama lagi.
Tags / Kata Kunci: Waheeda , Akhil Hayy

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan