Sham (Kamikaze) & Isteri Gagal Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes 'Bubar Nikah'

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 5:49 PM

sham kamikaze 1

Sham (Kamikaze)

(Ubah saiz teks)

RAWANG: Bekas gitaris kumpulan Kamikaze iaitu Sham gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang di sini pada Khamis bagi mendengar kes sebutan faraq nikah (pembubaran pernikahan) terhadap isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh.

Nurul Halimin juga tidak hadir pada prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 3 petang itu.

Menurut sumber mahkamah, nama pasangan tersebut berada dalam senarai sebutan untuk dibicarakan namun tidak dapat dipastikan punca mereka gagal menghadiri prosiding tersebut.

Malah peguam yang mewakili Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, itu juga tidak hadir untuk memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

sham kamikaze 2
Sham bersama isterinya, Nurul Halimin.


Faraq nikah ialah pembuburan sesebuah perkahwinan tanpa jatuh talak. Permohonan berkenaan dibuat sekiranya pasangan suami-isteri ragu-ragu terhadap status perkahwinan masing-masing.

Nurul Halimin, 34, yang juga kakak kepada penyanyi Maulana (AF) dan Sham dikatakan telah berkahwin pada Januari 2012.

Sham sebelum ini pernah berkahwin dengan Farazila Abdul Jabar pada 17 Ogos 2008 di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor sebelum disahkan bercerai oleh mahkamah pada 1 September 2011.

Sebuah akhbar pada hujung April lalu mengeluarkan luahan Farazila yang menuduh bekas suaminya itu bersikap hipokrit selain berselindung disebalik imejnya sebagai pendakwah bebas.

Sham pula dalam status Facebook miliknya berkata tindakan Farazila menjaja kisah rumah tangga mereka bermotifkan dendam selain ingin memalukan dia kepada orang ramai.
Tags / Kata Kunci: Sham Kamikaze

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan