Ada Pihak Mahu Tutup Periuk Nasi Akhil Hayy

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 12:03 AM

akhil hayy

Akhil Hayy menunjukkan single terbaharunya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pendakwah bebas Akhil Hayy mendakwa seorang individu berpengaruh cuba menyekat namanya daripada terlibat dengan beberapa program terbitan sebuah stesen televisyen.

Akhil atau nama sebenar Akhil Abdul Hayy, 44, berkata, dia menyedari perkara itu selepas mendapati sudah beberapa kali namanya digugurkan pada saat-saat akhir sebelum menyertai sesebuah rancangan.

"Saya tiada masalah dengan stesen televisyen berkenaan sebaliknya ada seorang individu dalam stesen itu yang cuba menyekat periuk nasi saya.

"Dia menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi orang lain sehingga mereka gugurkan nama saya tanpa memberi alasan," katanya kepada mStar Online, di sini, Khamis.

Akhil ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Andai Esok di Pua Herritage, Amcorp Mall, di sini.

akhil hayy
Akhil Hayy


Dia sepatutnya terlibat dengan sebuah telefilem berjudul Rock Sangkut yang diterbitkan syarikat milik Mawi namun terpaksa digantikan dengan seorang pelakon lain selepas namanya ditolak.

Katanya, bukan itu sahaja, malah beberapa program keagamaan popular yang pada mulanya menawarkan dia sebagai juri juga ditarik balik tanpa sebarang alasan.

"Sudah empat tahun perkara ini terjadi. Ia seperti masalah peribadi individu itu sendiri kerana pihak stesen beberapa kali cadangkan nama saya tetapi digugurkan pada saat-saat akhir,” katanya kesal.

Bagaimanapun, dia biarpun tidak muncul di televisyen, dia masih aktif menyebarkan dakwah di masjid dan juga surau.

Dalam pada itu, single Andai Esok  dicipta oleh Badhisham, manakala lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun.

Menurut Akhil, lagu keagamaan ini merupakan sumbangannya kepada umat Islam sebelum dia meninggal dunia.

"Lagu ini menceritakan tentang perjalanan hidup manusia dan saya harap dapat ia memberi kesan kepada orang yang mendengarnya," kata Akhil.

Tags / Kata Kunci: Akhil Hayy

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan